Harga siling ayam RM8.90 sekilogram bermula 5 Februari ini

Tudiaa !!! Harga siling ayam RM8.90 sekilogram bermula 5 Februari ini. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menetapkan harga siling runcit ayam standard kepada RM8.90 sekilogram berkuatkuasa 5 Februari ini (Sabtu).

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, harga siling tersebut akan kekal sehingga 5 Jun 2022 iaitu selama 121 hari bagi seluruh Semenanjung untuk menjamin kestabilan harga ayam dan juga harga makanan lain yang berkaitan.

Bagaimanapun harga siling runcit ayam bagi Labuan, Sabah dan Sarawak akan dibuat berdasarkan lokasi.

“Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) yang diadakan pada 31 Januari lalu juga telah diberikan taklimat berkenaan industri pengeluaran ayam dan telur yang menerima impak kenaikan mendadak kos input makanan jagung dan soya, yang merangkumi 70 peratus kos penternakan ayam.

“Dengan peningkatan kos pengeluaran maka pihak industri telah mengemukakan kepada kerajaan supaya harga kawalan dinaikkan.

“Sekiranya tiada intervensi daripada kerajaan, harga runcit ayam di pasaran pada masa ini akan melebihi RM10.00 sekilogram,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Harga siling runcit ayam yang baru ditetapkan itu berikutan Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia (SHMKM) akan berakhir pada 4 Februari ini

Sebelum ini, Persatuan Penternak-Penternak Malaysia menganggap SHMKM yang ditetapkan kerajaan bagi harga siling ayam telah menyebabkan kerugian kepada golongan penternak termasuk pemborong dan peruncit.

Skim tersebut dikatakan tidak mengikuti kos operasi dan harga dedak import yang sudah meningkat sehingga menyebabkan syarikat pengeluaran kerugian hingga RM3 juta setiap bulan.

Payung emas adalah hadis palsu

Bekas menteri agama dedah istilah ‘payung emas’ adalah hadis palsu, ini reaksi Ustazah Asma Harun

Istilah ‘payung emas’ yang akan diperolehi wanita sekiranya membenarkan suaminya berpoligami berikutan ia sunnah Rasulullah SAW merupakan hadis palsu.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, hukum atas sesuatu perkara berdasarkan zahir ia sunnah atau tidak perlu melihat kepada maslahat perkara itu.

“Begitu juga dengan poligami.

Terkadang ia menjadi perlu dan terkadang tidak perlu bahkan boleh jadi menzalimi.

“Hukum poligami itu sendiri boleh jadi harus, sunat dan haram.

Tidak menjadi kesalahan bagi isteri untuk mempertikaikan keputusan suaminya untuk berpoligami dengan melarangnya atas sebab keperluan.

“Berbincang dengan baik, beri nasihat dan pandangan demi mengelakkan berlakunya kezaliman dan penindasan terhadap hak isteri dan anak-anak,” katanya dipetik dari laman Twitter pada Selasa.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan seorang wanita mengenai dakwaan isteri akan ke neraka kerana menentang poligami yang dikatakan sunnah Rasulullah.

Zulkifli berkata, sikap sebagai Muslim adalah tidak menentang sebarang syariat ALLAH SWT dalam keadaan tertentu mengikut keperluan yang sudah pasti ada hikmahnya.

Namun katanya, sikap menggunakan agama untuk kepentingan individu sehingga mengabaikan hak-hak lain seharusnya ditolak.

Dalam pada itu, pendakwah terkenal Ustazah Asma melahirkan rasa syukur dengan pencerahan tersebut.

“Alhamdulillah, semoga dengan pencerahan ini, kita lebih berhati-hati berkata atau menulis berkaitan poligami, daripada dulu saya konsisten menyatakan bahawa ia adalah palsu, namun tetap pihak-pihak guna pakai, kadang dengan nada bergurau.

” Bahkan selalu diingatkan kepada lelaki yang ingin berpoligami, jangan memaksa isteri dengan mengingatkan tentang besarnya ganjaran itu ini, paksa terima atas nama taqdir dan jodoh, jika anda sebenarnya tidak mampu, tambah pula isteri tidak mahu, isteri telah berikan khidmat yang sehabis mampu, maksudnya tiada sebab kukuh syara’ atau tidak sihat hingga tak mampu memenuhi keperluan batin, atau tidak dapat hamil.

“Mudahan si isteri dapat pahala dan Syurga atas sabarnya menahan derita, bimbang suami pula tiada di syurga atas sebab berlaku zalim. Zalim ni pula memang kena bahas lagi, ramai yang rasa dia tak buat zalim sebab isteri tak bersuara, suami seolah boleh guna kuasanya atas alasan wajib ditaati. Jika suami dah cuba sehabis baik, namun isteri tetap tidak mampu terima, maka tidaklah zalim lagi.

Ingatlah menyakiti hati saudara muslim itu perbuatan dilarang, sakitkan hati kawan-kawan pun diberi dosa, ini hati isteri yang terlalu banyak berkorban. Data kelahiran anak lelaki di Malaysia masih ramai lagi lelaki berbanding perempuan, jika nak buat alasan sebab nak berikan peluang pada wanita lain, itu juga perlu diperhalusi.

Beginilah, memang ada poligami yang harmoni, boleh dijadikan contoh kepada Ummah. Biasanya suami ni memang seorang yang luar biasa usaha untuk berikan yang terbaik dalam pelbagai segi, juga yang ada ikhtiar merawat hati isteri pertama dan anak-anak secara berterusan.

Paling utama adalah benar-benar ikut cara Nabi SAW. Kenapa setelah kewafatan Saidatina Khadijah baru Nabi mula poligami, pada usia 53 tahun dan ke atas, semua tu dihalusi. Dengan siapa yang dinikahi, atas dasar apa dan lain-lain. Memang bila dikaji, apa yang Nabi SAW lakukan ada hikmah besar. Maka yang ingin bernikah lagi dengan alasan sunnah Nabi SAW, palingg penting cara pelaksanaan juga diikuti. Hadis berkaitan Nabi SAW tidak setuju Anakanda Fatimah R.A untuk dimadukan adalah Sahih.

Bahkan tidak berdosa isteri yang menolak keinginan suami berpoligami atas sebab tertentu.. petikan daripada artikel pada link dibawah :

“Ini termasuklah untuk mencegah daripada menyakiti hati isteri dan mengakibatkan gangguan berlebihan apabila isteri itu ditimpa penyakit cemburu. Ini berdalilkan sebuah hadis daripada al-Miswar bin Makhramah RA bahawa Rasulullah ﷺ berkhutbah di atas minbar:

إِنَّ بَنِي هِشَامِ بْنِ المُغِيرَةِ اسْتَأْذَنُوا فِي أَنْ يُنْكِحُوا ابْنَتَهُمْ عَلِيَّ بْنَ أَبِي طَالِبٍ، فَلاَ آذَنُ، ثُمَّ لاَ آذَنُ، ثُمَّ لاَ آذَنُ، إِلَّا أَنْ يُرِيدَ ابْنُ أَبِي طَالِبٍ أَنْ يُطَلِّقَ ابْنَتِي وَيَنْكِحَ ابْنَتَهُمْ، فَإِنَّمَا هِيَ بَضْعَةٌ مِنِّي، يُرِيبُنِي مَا أَرَابَهَا، وَيُؤْذِينِي مَا آذَاهَا

Maksudnya: “Sesungguhnya Bani Hisyam bin al-Mughirah meminta izin kepadaku agar aku menikahkan anak wanita mereka dengan Ali bin Abu Thalib, namun aku tidak mengizinkan kepada mereka, aku tidak mengizinkan kepada mereka, aku tidak mengizinkan kepada mereka! Kecuali jika Ali bin Abu Tolib menceraikan anakku lalu menikahi anak wanita mereka. Sesungguhnya anakku (Fatimah) adalah bahagian dariku, aku merasa senang dengan apa sagaja yang menyenangkannya dan aku merasa sakit atas semua yang menyakitinya.”

Riwayat al-Bukhari (5320) dan Muslim (2449)

Berkata Imam Ibn Hajar al-Asqalani: “Dan sebab padanya (larangan ke atas Ali untuk berpoligami semasa pernikahan dengan Fatimah) seperti mana yang telah disebut dahulunya dalam (bab) manaqib (Fatimah) bahawa beliau telah ditimpa (ujian) kehilangan ibunya (Khadijah) kemudian saudari-saudari perempuannya, seorang demi seorang, sehingga tiada siapa yang tinggal untuk beliau mengadukan isu-isu kerahsiaan (rumah tangga) supaya melegakan perasaan akibat cemburu.”

Ibn Hajar juga membawa riwayat al-Zuhri yang menyebut sabda Rasulullah ﷺ:

وَأَنَا أَتَخَوَّفُ أَنْ تُفْتَنَ فِي دِينِهَا يَعْنِي أَنَّهَا لَا تَصْبِرُ عَلَى الْغَيْرَةِ فَيَقَعُ مِنْهَا فِي حَقِّ زَوْجِهَا فِي حَالِ الْغَضَبِ مَا لَا يَلِيقُ بِحَالِهَا فِي الدِّينِ

Maksudnya: “Dan aku risau bahawa agamanya (yakni Fatimah) akan ditimpa ujian fitnah,” yakni Fatimah menjadi tidak sabar kerana cemburu lalu berlaku sesuatu yang tidak layak pada darjat beliau pada agama daripada beliau semasa marah.”

Rujuk Fath al-Bari (9/329)

Kenapa ia terlalu sakit ?

Banyak sebab. Antaranya..

Kebanyakan pasangan muda daripada awal nikah, bermula kosong dengan kehidupan yang susah dan payah, lahirkan seorang demi seorang, diasuh dididik hingga dewasa, penat lelah tak boleh bayangkan, namun tiba saatnya dah mula dapat melepaskan lelah sedikit demi sedikit, nak menikmati kehidupan yang damai, anak dah membesar, menunggu masa untuk bermenantu dan bercucu, tiba datang ujian kasih dan perhatian perlu dikongsi, waktu dan perancangan semua perlu berbahagi, ia adalah satu ujian yang sangat berat

Memang tidak menidakkan tentang isteri kedua juga ada hak, namun tetap tak boleh tuntut yang sama, contohnya bab harta sepencarian pun dah berbeza, isteri pertama dah boleh buat tuntuan dalam tempoh nikah, Islam agama yang sangat teliti, menjaga hak semua pihak.

Suami yang kalian nikahi, lagi pula pada umur yang tertentu, dia dijaga dirapi selama ini oleh sang isteri yang setia, sebab itu si suami dilihat menawan, didoakan dan diberikan sokongan tidak berbelah bagi, hingga si suami dilihat kecukupan. Isteri yang baru hadir, harus mengerti dengan sebenarnya, kenapa susahnya yang pertama ini untuk berlapang dada, bukan tidak redha pada Ilahi, namun lukanya pada manusia yang dipercayai dan dicintai.

Kerana itu, bagi wanita yang tidak mampu hidup berpoligami, hingga memberikan tekanan emosi dan mental, sakit pula dah bertambah, hingga darah tinggi dan lain-lain. Maka bukan menjadi satu laknat Allah, jika wanita ini mohon dilepaskan.

Daripada pengalaman saya di Jabatan Agama Islam menguruskan pasangan poligami, kebanyakan isteri pertama yang ingin dilepaskan, bukan faktor utama kerana benci poligami, mereka faham tentang hukum, atau sebab tidak redha dengan taqdir, namun demi mencari ketenangan dan kedamaian hidup di hujung usia, saat hati dah tak kuat nak berperang dengan perasaan sendiri.

Allahu Akbar, memang kita akan jumpa ada isteri pertama yang sangat sabar dan tenang, yang selalu menutupi kedukaan dengan senyuman, begitu juga isteri kedua ketiga dan keempat yang begitu sabar dan redha dengan keadaan dan himpitan yang perlu selalu mengalah itu dan ini. Memang seolahnya dunia seperti lebih berpihak kepada yang pertama hingga kadang ramai yang kedua ketiga keempat menderita, sebab itu penting sangat, sebelum nikah dibuat dengan baik, jumpa isteri pertama, tanya daripada hati wanita kepada wanita. Bahkan memang ada, wanita yang ingin mencarikan suaminya isteri, memang ada yang sangat terbuka, manusia kan berbeza, perasaan pun berbeza. Ada yang cmburunya sangat rendah.

Itulah pernikahan, monogami juga tidak lepas daripada ujian demi ujian, apatahlagi poligami. Si suami jangan hanya menuntut redha daripada isteri dan anak-anak, kalian juga kena redha dengan ketidakmampuan isteri dan anak-anak untuk menerima apa yang berlaku dengan selapang dada. Sebelum meminta, berilah dulu, kerana bahagia yang dibina adalah atas banyaknya luka orang yang banyak berkorban dalam hidup kamu.

Maaf salah silap dalam tulisan ini, isu sensitif yang sentiasa ulasannya tidak akan berakhir dengan baik untuk semua pihak.

Manipulasi Harga Ayam

Feb 1:Manipulasi Harga Ayam : Kaum Elit Pegang AP Jadi Kaya.

taukeh AP letak harga ayam RM8366 /tan

pengimpot lain boleh impot pada harga RM5435 /tan

Taukeh AP buat untung (8366-5435) =RM2931 setiap tan

32 syarikat dapat AP impot ayam

Mydin Hypermart kecewa tidak dapat AP

Tesco pun tak dapat AP

Jika Mydin/Tesco dapat impot harga ayam turun

taukeh AP/orang tengah letak harga tinggi.

Jab Veterinar keluarkan AP

Jab Veterinar / JAKIM letak syarat lain pula

tiada jawapan daripada Jab Veterinar

JAKIM tidak minat jawab

Yang berikut adalah analisa sebab-penyebab kenaikan harga ayam di Malaysia.

Analisa ini dibuat oleh Murray Hunter seorang penulis Australia yang cenderung mengkaji isu-isu di negara kita.

Percayalah analisa serupa ini tidak akan timbul dalam media arus perdana di Malaysia terutama sekali dalam media bahasa Melayu.

Jadi amat jelas, terang dan tersuluh bahawa selain kenaikan kos makanan ayam dan shipping costs naik akibat COVID, harga ayam naik lagi disebabkan taukeh AP impot ayam yang sangat sikit bilangan mereka (32 orang saja taukeh AP ayam) naikkan harga ayam impot.

Harga taukeh AP adalah RM8.36 satu kilo ayam impot.

Harga impot (sebenarnya) boleh sampai RM5.43 satu kilo sahaja.

Jadi taukeh AP dapat untung atas angin = RM2.93 setiap kilo ayam impot.

Soalan saya simple saja Tuan-Tuan.

Apakah kesemua 32 taukeh AP ayam itu betul-betul impot ayam dengan sendiri atau mereka sewa AP mereka kepada orang lain? Ali Babakan AP mereka? Untuk mendapat untung atas angin. Itu soalan pertama.

Soalan kedua : kenapa pula hanya 32 syarikat diberi AP untuk impot ayam?

Kenapa bukan 64 syarikat atau 128 atau 256 atau 512 atau 1024 syarikat diberi AP impot ayam itu?

Siapa kah Penjawat Awam yang genius yang tentukan 32 syarikat atau 512 syarikat atau 1024 syarikat dapat AP impot ayam?

Bilangan penduduk negara melebihi 32 JUTA manusia.

Pemegang AP impot ayam pula hanya 32 syarikat.

Fuiyyo. 32 syarikat AP tentukan duit pasar 32 JUTA penduduk.

Apa kah ‘kulification’ yang diperlukan sebelum sesebuah syarikat itu layak dapat AP impot ayam?

Tuan-Tuan rakyat marhaen yang haprak boleh tak mohon AP impot ayam itu?

Dan pasal apa pula Mydin Hypermarket atau Tesco atau Lotus’s atau TMC atau Giant Hypermart atau AEON Big atau NSK Hypermart semua TIDAK DAPAT AP atau lesen atau permit untuk impot ayam?

Padahal mereka boleh impot ayam pada harga pasaran RM5435 satu tan metrik? (atau RM5.43 satu kilo).

Kalau Mydin letak 30% profit margin pun dia boleh jual ayam dengan harga RM7.05 se kilo saja. Bukan RM8.00 atau RM9.30 se kilo.

Jadi Tuan-Tuan alangkah baiknya nasib kalau Tuan-tuan termasuk kaum elit yang boleh dapat AP?

Tetapi the reality is, Tuan-Tuan bukan kaum elit. Tuan-Tuan hanya rakyat marhaen yang haprak.

Hanya kaum elit layak jadi kaya.

Tuan-Tuan yang haprak pula hanya layak jadi bodoh.

Tahun demi tahun, dekad demi dekad, abad demi abad Tuan-Tuan hanya layak jadi bodoh.

C&P.

Presiden mereka (PAS) telah panggil UMNO binatang yang patah kaki

Semalam seorang pemimpin PAS dengan tidak semena-mena telah memanggil UMNO pengkhianat. Ini selepas Presiden mereka (PAS) telah panggil UMNO binatang yang patah kaki beberapa hari lalu.

Saya lihat pemimpin-pemimpin PAS ini sudah keliru dan bercelaru kepala. Mungkin mereka koyak dan rasa bersalah ataupun mungkin mereka berada dalam sindrom penafian sebab di dalam hati mereka, mereka tentunya tahu pengkhianat sebenar adalah pelompat parti yang ramai dalam PPBM, parti yang pemimpin-pemimpin PAS ini hendak sangat pertahan dan bersedudukan itu.

Sebelum ini di PRN Melaka mereka telah tuntut banyak kerusi walaupun sebelum itu mereka tidak menang satu kerusi pun, dan apabila mereka tolak kerusi yang kita tawarkan kedengaran khabar-khabaran yang beberapa pemimpin PAS ingin “ajar” UMNO di Melaka. Kini mereka ingin “ajar” kita di Johor pula. Adakah ini semangat muafakat yang PAS bawa?

Dan jika mereka muhasabah, tentunya mereka sedar pihak yang sebenarnya mengkhianati Muafakat Nasional adalah mereka (pemimpin PAS) sendiri apabila mereka mendaftar Perikatan Nasional (PN) dengan PPBM iaitu parti pengkhianat mandat rakyat dan pelompat parti dan parti yang mengkhianati UMNO.

Pendaftaran PN ini berlaku hanya beberapa bulan sahaja selepas mereka (PAS) menandatangani piagam Muafakat Nasional dengan UMNO.

Tindakan mereka (PAS) ini dilihat sebagai percubaan untuk paksa UMNO terima PPBM dan masuk PN jika UMNO mahu bekerjasama dengan PAS, sebab itu mereka tergesa-gesa daftar Perikatan Nasional hanya beberapa bulan selepas Langkah Sheraton di mana beberapa pemimpin PAS dilantik Muhyiddin menjadi Menteri, walaupun mereka tentunya tahu bahawa akar umbi UMNO tidak boleh terima pengkhianat-pengkhianat UMNO yang telah lompat parti ke PPBM tersebut.

Jika kita bertunang dengan seseorang, tiba-tiba orang itu bertunang dengan orang lain, maka orang yang bertunang dengan orang lain itu lah yang sebenarnya pengkhianat.

Apabila ini berlaku, pertunangan pertama itu secara automatik terbatal. Lebih-lebih lagi apabila orang itu bertunang pula dengan pengkhianat yang telah mengkhianati kita, maka berlakulah pertunangan antara dua pengkhianat.

Saya harap mereka (pemimpin PAS) sedar akan hal ini dan tidak beretorik lagi sebab rakyat bukannya bodoh, mereka boleh nampak taktik-taktik politik seperti ini.

Dan ulamak sebenar tidak melabel-label orang lain dan memanggil orang lain dengan nama binatang. Usahlah cemarkan nama ulamak.

Jika tersilap langkah, kembalilah ke pangkal jalan. Dalam Islam pintu taubat sentiasa terbuka.

Salam.
2 Feb 2022

HADI AWANG YANG TAK PERNAH KONSISTEN MEMBAWA HALATUJU PERJUANGAN PAS

Gambar Sekadar Hiasan Shj.

HADI AWANG YANG TAK PERNAH KONSISTEN MEMBAWA HALATUJU PERJUANGAN PAS

Dibawah ini disenaraikan sebahagian dari kenyataan Hadi sepanjang penglibatan beliau sebagai seorang ahli politik yang kononnya bertaraf ULAMA:

  1. AMANAT HADI – Mengkafirkan UMNO yang mengekalkan perlembagaan penjajah.
  2. Mengumpamakan gabungan UMNO dan MCA dalam Barisan Nasional umpama sekawah gulai suci dimasokkan seketol daging BABI.
  3. Buat kenyataan bahawa tidak sah solat yang diimamkan orang UMNO.
  4. Buat kenyataan haram makan sembelihan orang UMNO.
  5. Buat kenyataan bahawa tidak sah pernikahan yang dijalankan oleh kadhi atau imam yang dilantik UMNO dan pasangan yang terlibat perlu dinikahkan kembali dengan segera.
  6. Buat kenyataan bahawa terfasakh pernikahan dengan pasangan yang menyokong UMNO.
  7. Buat kenyataan bahawa jenazah orang UMNO tidak perlu disembahyangkan sepertimana orang kafir atau murtad.
  8. Buat kenyataan bahawa tidak boleh membenarkan orang UMNO melakukan sembahyang jenazah ke atas orang PAS/Islam.
  9. Buat kenyataan bahawa tidak boleh mengebumikan orang UMNO di tanah perkuburan Islam.
  10. Buat kenyataan bahawa ibadah orang UMNO tidak diterima Allah SWT.
  11. Buat kenyataan rasuah bukan kesalahan dalam undang² Hudud.
  12. …dan lain-lain C&P.

PANDANGAN IKHLAS SAYA UNTUK RAKYAT JOHOR YANG SAYA SAYANGI

DAULAT TUANKU …
DAULAT TUANKU …
DAULAT TUANKU …
RENUNG DAN FIKIRKAN …
BismillahHiRahmanNiRahim …

PANDANGAN IKHLAS SAYA UNTUK RAKYAT JOHOR YANG SAYA SAYANGI

Hanya pandangan peribadi saya untuk rakyat Johor.

Assalamualaikum W.B.T. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk berkongsi pandangan dan pesanan saya kepada rakyat Johor yang saya kasihi sekalian.

Saya memberi nasihat dan berkongsi pendapat saya bukan sebagai ahli politik yang perlukan undian, tetapi ia datang dari hati saya sebagai seorang anak Raja yang berkhidmat kepada rakyatnya.

Taat setia saya adalah kepada Sultan saya, negeri Johor dan rakyat saya. DYMM Sultan Johor dan saya saling berkongsi pandangan dan inisiatif apa yang terbaik buat masa hadapan negeri Johor.

Bukan sahaja dalam segi pentadbiran kerajaan tetapi untuk memperbaikinya dan menjadi kuasa ekonomi dalam negara, menangani mentaliti ektrimis, menaiktaraf sistem pendidikan dan sistem kesihatan.

Dengan senario politik yang berlaku sekarang dalam negara, tidak kiralah parti yang memerintah atau parti pembangkang, rakyat perlu pandai menilai apa yang terbaik untuk negeri kita dan negara. Dalam situasi politik, rakyat hanya dengar apa yang disampaikan oleh ahli politik di dalam ucapan mereka atau di media sosial. Tetapi yang tahu situasi sebenar adalah DYMM Sultan Johor dan saya sendiri. Apa sahaja rahsia sulit dan agenda mereka kami tahu. Semua maklum bahawa ahli politik ini apabila inginkan sesuatu, mereka akan menabur janji-janji manis. Saya bukan ahli politik tetapi saya juga ada agenda saya sendiri dan agenda saya adalah untuk kedaulatan negeri Johor dan kesejahteraan rakyat Johor.
Semua maklum bahawa UMNO dilahirkan di negeri Johor, di dalam istana negeri Johor. Saya tahu buat masa ini rakyat semua berkecil hati terhadap kepimpinan negara dan saya faham. Bagi pandangan saya, UMNO perlu lebih aset daripada liabiliti. Ia bermakna UMNO perlu bertukar cara pentadbiran dan pemikiran serta polisi terutama sekali sistem hirarki. Kita perlu lebih aset iaitu orang-orang muda yang ingin berkhidmat kepada negara dan berkongsi pengetahuan mereka yang berpotensi.
Saya juga tidak akan lupa siapa yang merosakkan UMNO, yang menjadi peneraju dan melahirkan kroni-kroni, melahirkan korupsi, melahirkan proksi dan juga siapa yang cuba menarik kuasa-kuasa Diraja termasuklah cuba untuk membubarkan Askar Timbalan Setia Negeri Johor (JMF) yang kami semua sayangi. Kedaulatan negeri Johor jangan dipersoalkan. Kami telah wujud dari tahun 1885 sehingga kerajaan persekutuan juga belajar protokol, pentadbiran dan perlembagaan daripada kami. Kami adalah negeri pertama yang mempunyai perlembagaan sendiri dan ia menjadi contoh kepada negara. Kadangkala kita tidak boleh menyalahkan sesebuah organisasi atau parti oleh kerana hanya seorang yang bermasalah.
Saya tidak lupa pada tahun 1992 ketika saya kecil dahulu dan nakal di sekolah, cikgu akan bercakap kepada saya, “Awak jangan main-main, awak tu kerabat diraja. Jika saya mengadu kepada Mahathir, habis awak.” Begitu juga dengan kisah Prebet Adam dimana Almarhum Sultan Iskandar iaitu datuk saya yang tidak ada peluang untuk mempertegakkan diri kerana ketika zaman itu tiada kemudahan internet, semua media dikawal oleh kerajaan.
Media mengeluarkan kenyataan kononnya prebet Adam mengamuk apabila mendapat tahu adik beliau dibunuh oleh Sultan Johor ketika itu. Sedangkan Prebet Adam tiada adik lelaki dan hanya ada adik perempuan yang meninggal dunia ketika berumur 2 tahun dalam tragedi rumah terbakar. Saya juga ada berjumpa dengan seorang individu berasal dari Kedah pada tahun lepas. Beliau yang bercerita kepada saya yang beliau berjumpa dengan Prebet Adam dan Prebet Adam menceritakan bagaimana dia dipaksa sepanjang 10 hari di dalam bilik sel yang gelap oleh anggota polis untuk mengaku yang Sultan Johor membunuh adiknya. Inilah yang sanggup dilakukan oleh kepimpinan tertinggi kerajaan ketika itu demi mendapatkan kuasa sepenuhya di dalam negara.
Rakyat jangan mudah tertipu dengan individu lidah bercabang dua seperti ular. Buat masa ini individu tersebut bukan ingin selamatkan negara tetapi apa yang dia sedang lakukan sekarang adalah kerana takut apa akan terjadi kepada anak-anaknya pada masa akan datang. Sedangkan orang yang paling kaya di dalam dunia pun belum pasti mampu untuk melahirkan tiga orang anak yang ‘billionaire’. Nasihat saya kepada rakyat Johor, jikalau kita tidak suka sesuatu dengan kerajaan, laungkan suara kita untuk pastikan mereka tahu apa yang kita inginkan. Anda semua mempunyai DYMM Sultan Johor dan saya di mana kami boleh sampaikan suara rakyat kepada kerajaan yang memerintah dan kepimpinan tertinggi dalam negara. Jangan sesekali anda sangka yang kami tiada inisiatif untuk memperbaiki sistem yang berada didalam kerajaan.
Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati. Jikalau anda mahu berperang atau mahukan pertembungan antara kerajaan negeri Johor dan kerajaan persekutuan ia tidak akan mendatangkan apa-apa faedah. Jikalau kami mampu melahirkan ramai lagi anak muda yang ada potensi, sanggup berkhidmat kepada negara dan kami boleh pastikan yang dia mampu mewakili kerajaan, kita boleh mengubah segala-galanya daripada dalam.
DYMM Sultan Johor dan saya mempunyai agenda dan perancangan tersendiri. Agenda utama kami adalah untuk negeri Johor tetapi apa cara untuk kami sampai ke Putrajaya, kami tidak boleh kongsikan kepada anda semua. Ia adalah sulit dan rahsia. Saya bukan ingin menyokong mana-mana parti politik tetapi untuk mengubah nasib negara dan memperbaiki sistem, bukan untuk menjatuhkan kerajaan. Kita perlu mengubahnya daripada dalam.
Jadi, saya dan negara-negara jiran kami berpandangan, jika kapal ini telah berjalan dengan baik selama berpuluh tahun dan mempunyai masalah oleh kerana nakhodanya yang bermasalah, tidak perlu tukar kepada enjin yang baharu. Duduk di dalam kapal yang sama, dan membimbing nakhoda tersebut dan beritahu ke mana kita mahu pergi. Cukup ini sahajalah yang dapat saya kongsikan bersama rakyat. Tetapi rakyat Johor perlu percaya kepada visi DYMM Sultan Johor dan saya sendiri. Tidak perlu banyak perkara untuk dijadikan contoh. Cukup satu perkara kecil sahaja yang boleh saya beritahu anda semua untuk dijadikan sebagai contoh.
Apa yang anda lihat dengan apa yang saya lakukan dalam pentadbiran Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) adalah sama apa yang kami akan lakukan di pentadbiran peringkat tertinggi. Bola sepak hanyalah minat saya. Pada 30hb Jun 2016, saya ada mengeluarkan satu kenyataan dalam laman rasmi JOHOR Southern Tigers yang mengatakan kami akan memusnahkan apa yang anda bina dan kami akan bina yang lebih baik. Ia adalah satu pembayang apa yang ingin saya lakukan kepada sistem pentadbiran FAM ketika itu. Saya tidak kongsikan perkara ini kepada ramai pihak tetapi hari ini saya akan kongsikan kepada semua. Misi saya ketika menyertai FAM adalah untuk memperbaiki dan mempertingkatkan struktur sedia ada. Ia juga untuk menukar struktur perlembagaan dalam FAM bagi memastikan kuasa Presiden FAM dan Persatuan Bolasepak adalah terhad. Mereka hanya menjaga Jawatankuasa Tatatertib, pengadil dan pasukan kebangsaan. FAM juga tidak lagi memberi arahan dan terlibat dengan apa yang berlaku kepada pasukan, kelab, kewangan dan pentadbiran liga. Apa yang saya lakukan adalah saya mengubah perlembagaan di mana kami melabur kepada FAM, melabur kepada semua pasukan dan kami menjaga kepentingan Malaysian Football League (MFL). Ini adalah sebab mengapa saya keluar daripada FAM kerana kuasa tiada kepada Persatuan Bolasepak sama seperti di negara-negara luar. Kuasa berada pada badan berkecuali yang menguruskan liga seperti LaLiga (Sepanyol), Seria A (Itali), English Premier League (England), Bundesliga (Jerman) dan sekarang di Malaysia adalah MFL. Tetapi jangan salah tafsir dengan menganggap Presiden FAM sebagai proksi. Beliau bukan proksi tetapi adalah individu yang layak dan boleh bekerjasama dengan MFL. Ini diibaratkan seperti latihan saya sebelum agenda saya yang lebih besar di peringkat tertinggi melibatkan pentadbiran sistem negeri dan kerajaan.
Tuan-tuan dan puan-puan, saya datang dari keluarga dan hidup di dunia yang anda tidak boleh lihat dan dunia itu dikawal rapi. Anda lihat bagaimana pergerakan sesuatu rejim dan organisasi sulit mengawal dunia. Kami juga mempunyai sistem yang sama tetapi kami organisasi yang berbeza. Jika anda lihat bagaimana organisasi sulit mengawal negara-negara besar daripada sebuah tanah kecil di Timur Tengah dan inilah yang kami lakukan disini untuk mengawal takdir sesebuah negara. Ia telah dilakukan sejak zaman nenek moyang saya dan kami akan meneruskannya untuk rakyat bagi ‘restore the order’ apabila ia terkeluar daripada ‘order’ tersebut. Itulah tanggungjawab kami dan ia akan sentiasa menjadi tugas kami.
Sekarang ini, di dalam negara situasi politik agak berkucar kacir. Tetapi ia tidak semestinya adalah pengakhiran dunia (kiamat). Inilah masanya untuk ‘restore the order’ dan melaksanakannya kepada sistem yang telah dirosakkan oleh individu yang berumur 93 tahun ingin menjadi Perdana Menteri sekarang ini. Jangan tertipu, buka mata anda, gunakan akal fikiran dan ikut bayangan yang akan saya berikan kerana saya tahu apa yang anda tidak tahu. Anda perlu percaya kepada saya kerana saya tahu apa yang ingin saya lakukan. Inilah masanya untuk bumi selatan mengawal sesetengah situasi dan memulihkan semula ‘order’ yang telah dirosakkan oleh individu yang tamakkan kuasa dan duit. Jangan mudah terpengaruh dan percaya dengan apa yang anda dengar semalam di Pasir Gudang. Negeri Johor tidak akan pernah lupa kepada individu yang ingin membubarkan Angkatan Setia Negeri Johor (JMF) yang telah wujud sejak 1886 dan berangan mahu menarik kuasa Sultan Johor yang memerintah serta memperkecilkan perlembagaan negeri Johor yang telah wujud sebelum adanya negara bernama Malaysia.
Ingatlah wahai rakyat Johor yang saya kasihi sekalian. Bersatu kita teguh bercerai kita roboh. Selagi rakyat Johor bersatu bersama-sama dengan kepimpinan DYMM Sultan Johor termasuk saya, pelbagai perkara yang kita mahukan boleh dicapai untuk masa hadapan anak cucu cicit kita. Jangan kita berpecah belah dan mudah dipermainkan dengan anasir-anasir luar yang mahu menghancurkan kedaulatan negeri ini. Lihatlah apa yang telah saya lakukan terhadap bola sepak. Bola sepak ini hanyalah latihan. Ia ibarat saya ke ‘driving range’ sebelum pertandingan golf sebenar.
Jangan tukar kapal jika enjin masih berfungsi dengan baik. Jangan menukar nakhoda kapal tetapi benarkan sultan saya dan saya membimbing nakhoda tersebut demi anda.
Ubah dan pertingkatkan apa yang perlu diubah dan apa yang perlu dipertingkatkan untuk negeri dan negara yang tercinta.

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor
*SATU ARAH, SATU TUJUAN DAN SATU MATLAMAT PERJUANGAN/// C&P/

Apa masalah PAS dengan UMNO sebenarnya?

Gambar Sekadar Hiasan Sahaja.

Apa masalah PAS dengan UMNO sebenarnya?

Padahal kes mahkamah DS Najib dan DS Zahid bukanlah baru.

Masa Muafakat Nasional dibentuk, kes ini sudah diketahui umum.

PAS pun tahu, dan boleh pula PAS terima UMNO pimpinan Zahid.

Sekarang PAS telah terikut-ikut menggelar kluster mahkamah pada Najib dan Zahid.

Pendek kata, PAS yang telah berubah setelah berkongsi kuasa dan mendapat jawatan dalam kerajaan sehingga lupa pada Muafakat Nasional. C&P.

Jauhi Dosa Syirik

Gambar Sekadar Hiasan Sahaja.

Firman Allah SWT:

أَتَىٰ أَمْرُ اللَّهِ فَلَا تَسْتَعْجِلُوهُ ۚ سُبْحَانَهُ وَتَعَالَىٰ عَمَّا يُشْرِكُونَ [النحل : 1]

Ertinya: “Telah hampir datangnya janji yang telah ditetapkan oleh Allah, maka janganlah kamu minta disegerakan. Maha suci Allah dan Maha tinggilah Ia dari perbuatan syirik yang mereka lakukan.” (Surah An-Nahl: 1)

🌼 Keterangan Ayat:

  1. Allah SWT menyatakan bahawa telah hampir datangnya hari kiamat! Janji yang telah ditetapkan oleh Allah!
  2. Allah SWT menjelaskan bahawa janjiNya pasti akan tiba! Tidak perlu untuk diminta agar disegerakan!
  3. Maha suci Allah dari sebarang kekurangan dan kesyirikan yang dilakukan oleh manusia yang tidak beriman!

Rujukan tafsir: At-Tabari, Al-Qurtubi, Ibn Kathir dll.

🌼 Antara Petunjuk Ayat:

  1. Hari kiamat semakin hampir dan telah dekat waktunya! Hari kiamat adalah janji yang telah ditetapkan oleh Allah!
  2. Kita sepatutnya membuat persediaan untuk hari kiamat! Bukan meminta disegerakan janji Allah yang pasti akan berlaku!
  3. Kita perlu bertasbih memuji Allah dan menjauhi kesyirikan! Maha Suci Allah dari sebarang kekurangan!

🌼 Kaedah Beramal:

  1. Hendaklah kita membuat persediaan yang rapi untuk menghadapi hari kiamat yang semakin hampir!
  2. Hendaklah kita menjaga adab dengan Tuhan kita! Jangan kita meminta agar disegerakan hari kiamat!
  3. Hendaklah kita bertasbih memuji Allah dan menjauhi kesyirikan! Jangan sangka Tuhan kita tidak berkuasa!

Ya Allah bantulah kami untuk membuat persediaan yang rapi bagi menghadapi hari kiamat, jadikanlah kami orang yang sentiasa memujiMu. Aamin.

Sila tambah petunjuk-petunjuk ayat…

والله أعلم وصلى الله على نبينا محمد وعلى آله وصحبه وسلم والحمد لله رب العالمين

Design a site like this with WordPress.com
Mulakan