TEGURAN KERAS KEPADA UMNO.

TEGURAN KERAS KEPADA UMNO.

Troopers-troopers berbayar dan golongan tangkap muat UMNO yang mendakwa bahawa akar umbi masih kekal memilih Zahid sebagai peneraju parti, menuduh bahawa DSIS dan barisan menteri UMNO lainnya cuma budak suruhan TSMY, harus sedar akan beberapa perkara.

  1. Matlamat

Matlamat UMNO adalah untuk kembali menjadi kerajaan dan menerajui pemerintahan dengan majoriti kukuh yakni dengan 2/3 majoriti. Sama ada di bawah jenama BN, MN mahupun PN namun tidak sesekali PH.

Sehingga keadaan politik negara akan kembali stabil dan tidak berlaku lagi kekucar-kaciran politik yang menyebabkan pertukaran kerajaan sehingga 3 kali dalam tempoh sepenggal.

Umno menjadi ketua kerajaan pada hari ini melalui PM-DSIS juga adalah di sebabkan oleh sokongan sekutu, dan bukannya sokongan majoriti 2/3 secara mutlak.

UMNO dan BN telah tumbang pada PRU 14, itu hakikat pahit yang harus di telan. Masih banyak suara-suara yang mengecam DSNR dan Zahid Hamidi berkaitan kes mereka.

Tidak seharusnya, demi individu. Parti harus terkubur.

Jika bukan di sebabkan kebijaksanaan DSIS mengikat dan menyeimbangkan peranan parti-parti komponen yang membentuk kerajaan pada hari ini, maka kerajaan berkemungkinan besar akan runtuh sekali lagi.

  1. Jumlah

Harus di ingat oleh sekalian ahli-ahli UMNO bahawa jumlah keseluruhan ahli UMNO sahaja tidak cukup untuk menjadikan UMNO sebagai kerajaan, walaupun 100% keluar mengundi pada PRU-15 kelak.

Jumlah keselurahan pengundi berdaftar lebih besar daripada jumlah keseluruhan ahli UMNO itu sendiri.

Golongan pengundi 18 harus di dekati dengan menjadikan prestasi sebagai modal tarikan buat mereka, sehingga kes-kes pemimpin UMNO seperti Zahid tidak akan menjadi liabiliti.

Dengan andaian peratusan kluar mengundi adalah tinggi, dan mereka yang tidak berpihak yakni tidak berdaftar kepada mana-mana parti, melihat UMNO sebagai parti kleotrapsi, maka UMNO akan kalah sekali lagi.

  1. Pemilihan UMNO

Desakan untuk mengadakan pemilihan bukan lah di dasari oleh kebencian kepada Zahid Hamidi, namun ianya di dasari oleh kepentingan yang lebih besar yakni kepentingan parti itu sendiri.

Kes-kes Zahid tentunya akan menjadi modal ampuh bagi pihak-pihak PH untuk menyerang UMNO sehingga peristiwa hitam PRU-14 akan berulang kembali.

Zahid juga harus di ingat hanya merupakan “care taker” pada ketika ini. Mandat beliau telah tamat.

Jika pemilihan tidak di lakukan maka rakyat akan melihat UMNO sebagai sebuah parti yang di dominasi hanya demi kepentingan peribadi, sehingga membelakangkan proses demokrasi.

  1. Melayu

Bukan rahsia umum, Melayu sebagai bangsa majoriti negara ini telah kehilangan kuasa dalam sektor ekonomi, sektor perundangan, dan kini sedang berdepan potensi besar untuk kehilangan kuasa dalam sektor politik yang menjadi penentu dasar negara.

Hanya nama-nama seperti Tan Sri Mokthar yang sering di ulang-ulang sebagai contoh anak Melayu yang berjaya dalam sektor perniagaan sedangkan bangsa lain mampu memberikan contoh berbeza pada setiap kali di ajukan soalan yang sama.

Jika Melayu tidak bersatu dan kembali utuh, benar Melayu tidak akan hilang di dunia, namun wujudnya tidak lagi akan di rasa. Menjadi bangsa meminta di tanah airnya sendiri.

  1. Waktu

Kita sedang di kejar waktu, pemerintahan DSIS hanya berbaki setahun lebih sahaja lagi sebelum tempoh demokrasi PRU-14 tamat dan PRU-15 pula mengambil tempat.

Jika tiada langkah tegas yang di ambil sepanjang tempoh ini dalam memulihkan parti, maka kita akan kehilangan momentum berharga ini.

Negara sedang menuju proses pemulihan yang berkesan, walau di timpa pandemik dan bencana yang beruntun, ini bukan masanya menegakkan benang basah, ini masanya menegakkan kembali kekuatan bangsa.

Dapat di hitung dengan jari jumlah mereka yang memahami proses perundangan namun bercakap dengan gah sekali menentukan salah atau tidak.

Biarlah mereka yang sedang berdepan dengan pertuduhan seperti Zahid Hamidi menjalaninya dengan proses yang telah termaktub. Jika mereka benar, maka mereka akan kembali dengan lebih hebat dan kuat.

6.Perkembangan Negara Jiran.

Negara-negara jiran sedang seperti Indonesia sedang giat membangun, dengan kadar rentak yang begitu pantas sedangkan kita masih kekal jumud dengan krisis politik berpanjangan.

Mereka mampu membina pentadbiran bercampur di antara parti-parti bertentangan demi agenda dan pembangunan negara tidak seperti kita yang ingin terlihat gah dalam berkata-kata namun semakin mati teras kekuatannya.

Bangkit lah, lihat kepada matlamat yang lebih besar.

Jangan di gadai masa depan anak cucu demi ego tidak bertempat. Matang lah dalam berpolitik, atau nilai rupiah akan menggantikan nilai ringgit. Jangan sampai kita lah yang akan mengikat batu bata di negara jiran tersebut.

-RP- C&P.

Tinggalkan komen

Design a site like this with WordPress.com
Mulakan