Najib Kata Kawal Harga Ayam Tidak Selesai Masalah Pokok

Adalah tidak adil untuk tuduh saya tak pernah bimbang atau suarakan masalah harga serta bekalan ayam dan telur.

Ini Kronologinya:

April 2021: Najib beri amaran kawal harga ayam saja tanpa selesai masalah pokok iaitu peningkatan kos ternak tidak cukup dan akan bawa kepada kekurangan bekalan pada hari kelak. Perlu laksanakan subsidi dedak sekarang untuk stabilkan harga.
https://www.edisi9.com.my/2021/04/najib-kata-kawal-harga-ayam-tidak-selesai-masalah-pokok/

April 2021: KPDNHEP keluarkan notis susulan harga ayam cecah RM10 sekilo
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/04/17/kpdnhep-keluarkan-notis-susulan-harga-ayam-cecah-rm10-sekilo/

Jun 2021: Najib jangka inflasi jadi masalah besar pada bulan mendatang
https://www.sinarharian.com.my/article/142403/BERITA/Nasional/Najib-jangka-inflasi-jadi-masalah-besar-pada-bulan-mendatang

Ogos 2021: Kerajaan Muhyiddin tumbang tanpa pernah melaksanakan subsidi bagi dedak ayam dan kepada penternak.
https://www.beritaharian.sg/dunia/muhyiddin-letak-jawatan-perdana-menteri-msia

Sept 2021: Harga ayam bulan ini cecah paras tertinggi dalam sejarah. Bekalan ayam dan telur mula kurang.
https://www.utusan.com.my/berita/2021/09/harga-ayam-bulan-ini-cecah-paras-tertinggi-dalam-sejarah/

Sept 2021: Kawalan harga maksimum ke atas ayam adalah kaedah lama yang tidak akan menyelesaikan kenaikan harga ayam. Sebaliknya, kaedah lapuk itu hanya akan menyebabkan kekurangan bekalan ayam, kata Datuk Seri Najib Razak.

Lantaran itu, beliau berharap kementerian kewangan menyelesaikan punca utama kenaikan harga dan kekurangan bekalan ayam iaitu harga dedak yang naik berganda sejak tahun lepas.

”Dulu tak boleh bawah kerajaan lama, kini boleh.
https://malaysiagazette.com/2021/09/22/kawalan-harga-ayam-kaedah-lama-najib/

November 2021: Najib sekali lagi suruh kerajaan beri subsidi kepada penternak dan juga selesaikan masalah kekurangan pekerja ladang sekiranya tidak mahu harga ayam dan telur terus naik atau negara kekurangan bekalan.
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/11/22/kawal-harga-tak-selesai-masalah-kata-najib-susulan-harga-ayam-telur-naik/

November 2021: Kerajaan setuju beri subsidi kepada penternak serta selesaikan masalah kekurangan pekerja dan melakasanakan Skim Kawalan Harga. Harga ayam turun dari RM12 ke RM9.50 satu kg.

December 2021: Kerajaan teruskan Skim kawalan harga dengan menurunkan harga maksimum ayam dari RM9.50 ke RM9.30.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/12/895134/harga-maksimum-ayam-standard-berkuat-kuasa-selasa

December 2021: Kerajaan umum skim kawalan harga dilanjutkan ke 4 Februari dan menurunkan harga maksimum ayam dari RM9.30 ke RM9.10. Subsidi diteruskan dan ditambah.
https://www.kosmo.com.my/2021/12/31/harga-ayam-turun-20-sen-mulai-esok/

Jan 2022: Kerajaan umum skim kawalan harga dilanjutkan lagi dan menurunkan harga maksimum ayam dari RM9.10 ke RM8.90. Subsidi diteruskan dan ditambah.
https://www.sinarharian.com.my/article/185916/BERITA/Nasional/Harga-siling-runcit-ayam-RM890-sekilogram

Jadi, ianya juga tidak benar bahawa kerajaan PM9 hanya turunkan harga ayam sebanyak 20 sen sahaja.

Tinggalkan komen

Design a site like this with WordPress.com
Mulakan