Rahsia sebenar disebalik PRN Johor

Pimpinan Perikatan Nasional (PN) buat ‘peel’ merepek mengaitkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor dengan pendakwaan politik dikenakan terhadap pimpinan UMNO.

Ia suatu hujah yang lemah, memesongkan dan mengelat oleh pihak yang barangkali ‘beno-beno’ sedang terdesak selepas cabaran mereka supaya ‘tekan butang’ jadi kenyataan.

Juga suatu hujah seolah-olah memperlekeh kebijaksanaan Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dalam menentukan apa yang terbaik untuk rakyat dan negeri jajahan takluk Johor.

‘Bior’ kita perjelaskan sekali lagi kepada mereka bahawa Bangsa Johor memerlukan mandat baharu demi memastikan kestabilan politik yang kukuh di negeri itu.

Ini bukan perkara ‘olok-olok’. Dengan kerajaan negeri hanya memiliki kelebihan satu kerusi, negeri Johor berisiko tinggi berdepan dengan kekalutan politik pada bila-bila masa.

Tentunya Menteri Besar, Datuk Hasni Mohamad serta UMNO Johor mempunyai pertimbangan rasional dan telah pun menerangkannya kepada Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO.

Seperti disebut Datuk Hasni kepada umum baru-baru ini iaitu Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor perlu diadakan bagi mendapatkan semula mandat daripada rakyat negeri itu.

Menurut beliau, keadaan kerajaan negeri yang disifatkan bergerak atas ihsan pembangkang bukan sesuatu perkara yang patut berlaku.

Justeru, pimpinan PN tidak sepatutnya ‘dan-dan’ bersikap ‘selenge’ dan ‘mentel’ sangat tentang hal tersebut sedangkan mereka memahami realiti ketidakstabilan politik yang sedang berlaku.

Dan kemudian membuat tuduhan mengarut untuk ‘kelentong’ Bangsa Johor sekali lagi sedangkan rakyat Johor masih ingat pembohongan mereka pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

PRN Johor tidak beri kesan kepada mahkamah sebaliknya memberi kesan kepada yang pernah tipu rakyat dan mengkhianati undi rakyat dengan melompat parti selepas 9 Mei 2018.

Ayuh Bangsa Johor kali ini kita kasi ‘jotos’ parti politik yang pernah berbohong kerana ‘lapo-kan’ kuasa sehingga sanggup memperdayakan rakyat Malaysia dengan fitnah dan tipu daya. C&P.

Tinggalkan komen

Design a site like this with WordPress.com
Mulakan