7 sebab UMNO tarik sokongan terhadap Midin

GAMBAR SEKADAR HIASAN SAHAJA

Panjang lebar Muhyiddin Yassin cerita pasal khianat dan fitnah “kluster mahkamah” walaupun tengah sakit kena Covid.

Katanya UMNO tarik sokongan terhadap dia sebagai Perdana Menteri sebab dia tak nak campur tangan kes kes mahkamah pemimpin UMNO. Saya pasti dia tuju pada DS Najib Razak dan DS Zahid Hamidi .

Din jangan menipu. UMNO tarik sokongan sampai kau melingkup sebab kerajaan PN gagal malah PH juga tolak kerjasama dengan dia sebab tahu PN gagal dan lebih teruk, berbalah dengan pihak Istana.

Ada 7 sebab UMNO tarik sokongan terhadap Midin.

  1. Kegagalan kerajaan PN menangani pandemik COVID-19 sehingga menyebabkan keresahan rakyat, polisi tidak konsisten dengan pelaksanaan PKP separuh masak selama 6 bulan.
  2. Kegagalan kerajaan amat nyata, dalam menyalahgunakan Darurat yang dianggap sebagai muslihat politik hingga menyebabkan kemudaratan kepada rakyat, ekonomi negara sekali gus menafikan suara UMNO yang membantah proklamasi Darurat. Ini ternyata banyak membebankan rakyat dengan mengenakan kompaun yang bersifat dwi-standard apatah lagi terbeban dengan kelangsungan hidup.
  3. Kegagalan kerajaan mengamalkan Demokrasi Berparlimen. Membantutkan check-and-balance dalam aspek memerangi pandemik dan perbelanjaan.
  4. Kegagalan kerajaan memberi bantuan tuntutan kepada rakyat termasuk moratorium terakru, dan tidak dipanjangkan kepada lembaga pembiayaan sektor awam, skim i-Citra tidak mesra rakyat, BPR, BPN yang lambat sehingga ramai rakyat tercicir.
  5. Kegagalan memberi keyakinan kepada rakyat sehinga peningkatan masalah sosial seperti kes bunuh diri. Daripada Mac 2020 hingga Mei 2021 berjumlah 1099 kes. Manakala kita juga lihat Gerakan Bendera Putih, protes Rakyat untuk menyantuni tekanan rakyat yang terdesak.
  6. Kegagalan kerajaan memberi kestabilan kerajaan sehingga pelabur asing tiada. Meletakkan negara kita ketiga paling bawah dari 53 negara ekonomi (laporan Bloomberg).
  7. Kegagalan kerajaan dalam memperkotak-katik titah DiRaja. Selaku parti yang menjadi benteng utama, sesungguhnya UMNO tidak boleh berkompromi dengan sikap kerajaan ini terhadap institusi Raja-Raja dalam menitahkan parlimen bersidang.

UMNO memang tak mahu terpalit dengan kegagalan PN. Kalau UMNO nak selamatkan kluster mahkamah, buat apa lawan kau Din? Lebih baik jilat dan abaikan suara rakyat.

Sebenarnya Din, satu saja cara nak halang kluster mahkamah dari berkuasa iaitu tarik sokongan kepada YAB PM Ismail Sabri Yaakob sekarang juga.

Saya pasti “kluster mahkamah” pemimpin UMNO akan hilang kuasa. Berani tak tekan butang?

Rf Lias
Bandar Baru Bangi

Tinggalkan komen

Design a site like this with WordPress.com
Mulakan