BERSATU HANCUR, PAS GUSAR

BERSATU HANCUR, PAS GUSAR
Oleh: Ariffaizal Mohd Nor Ariffin

Menuduh UMNO mengamalkan budaya politik sempit tanpa merenung dahulu keadaan diri di hadapan cermin samalah bagai menepuk air didulang dan terpercik ke wajah sendiri.

Kenyataan Tn Guru Hj Hadi ni sebenarnya sekadar mencerminkan kegusaran terhadap masalah yang sedang dihadapi oleh Pas sendiri ketika ini.

Fakta UMNO sebagai sebuah parti yang menerajui Barisan Nasional (BN) selama puluhan tahun bersama komponan-komponen parti lain terbukti berjaya membawa pelbagai bagai pembangunan dalam negara ini.

Dalam masa sama juga, hubungan keharmonian hidup rakyat berbilang kaum bergerak sangat baik lagi lancar sebelum BN tewas di PRU14 yang lalu. Malangnya kejatuhan BN ini telah menggugat keharmonian kaum apabila Pakatan Harapan mengamalkan sentimen politik perkauman.

Tn guru Hj Hadi dari dulu, kini dan mungkin untuk selamanya dilihat masih tidak mampu untuk merubah menteliti dalam mentafsir atau menuduh pihak yang tidak sebulu dengan kehendak pihak Tn Guru.

Sebaiknya daripada Tn Guru sebuk hendak menyerang UMNO, ada baiknya Tn Guru memikirkan solusi untuk memastikan pergolakkan dalaman dalam parti PAS kembali redha.

Keputusan pihak kepimpinan PAS pusat yang dilihat telah mengkhianati Muafakat Nasional sudah cukup menerbitkan rasa kekecewaan yang mendalam di kalangan jemaah ahli PAS dan telah diterjemahkan melalui PRN Melaka tempoh hari.

Malangnya protes yang telah diterjemahkan itu seolah-olah masih tidak difahami oleh pemimpin-pemimpin PAS yang digelar “team publica”. Lebih teruk lagi, untuk menutupi isu protes ini, pemimpin PAS menggunakan kaedah penekanan terhadap walak tanpa barak demi membungkam mulut jemaah ahli agar tiada pertanyaan terhadap tindakkan atau keputusan pemimpin.

Apakah tindakan membungkam mulut jemaah ahli bawahan dengan kaedah walak tersebut itu bukan membuktikan betapa sempitnya amalan politik pihak PAS sendiri?

Tidakkah kaedah tersebut telah “membunuh” amalan demokrasi serta menghapuskan hak bersuara terhadap jemaah ahli bawahan PAS?

Apakah hanya pemimpin-pemimpin PAS sahaja yang sebenarnya terdiri daripada kalangan bijak pandai politik? Manakala yang di peringkat bawahan jahil belaka sehingga tiada hak untuk menyuarakan sesuatu?

Sebenarnya pihak manakah yang telah mengamalkan budaya politik sempit ini?
PAS atau UMNO?

Tinggalkan komen

Design a site like this with WordPress.com
Mulakan