MENGAPA FOREST CITYJADI GAJAH PUTIH..?

MENGAPA FOREST CITY JADI GAJAH PUTIH..?

Rakyat Johor jangan bangga dengan projek Forest City yang berendam dalam laut ibarat jerung bunting merindui nirvana dalam mimpi.

Sekiranya Forest City jadi gajah putih mungkin ada lanun super koruptor berputih mata.. sebak dada.. nafas semput.

Forest City tidak dapat menggerhanai pembangunan.. kemajuan dinamisme Dubai atau Qatar.

Tok Arab tidak perlu melelong unta atau korma untuk memajukan negara mereka.. Mereka tidur atas timbunan dolar minyak dan gas pemberian Allah.

Forest City lahir dengan pembelitan pinjaman hutang dari kerajaan Beijing komunis.

Projek ini adalah salah satu dari sebelas projek gergasi China komunis di Malaysia.

Nilai semua projek komunis lebih dari RM300 bilion.. Projek ini menetas waktu lanun Bugis sesat Najib Razak jadi PM.

Kononnya ada beberapa pihak tumpang sekaki mengambil ‘berkat’ dari pelaburan China komunis di Malaysia.

Partai Komunis China yang berkuasa dapat membaca kilat dalam kilau.. senyuman dan lelehan air lior para pemimpin yang super korup.

Kerajaan super korup Sri Lanka kini jadi boneka China komunis kerana gagal membayar hutang berbilion dolar mengenai berbagai projek raksaksa China di pulau tersebut..

Begitu juga yang berlaku di Afrika.

Di Malaysia lanun Bugis sesat maharaja koruptor bukan saja memberi peluang kepada Beijing ‘menguasai’ 11 raksaksa projek di Malaysia.. termasuk Forest City.. tetapi dia juga menunjukkan setiakawan yang super tulus dan ikhlas menjadikan UMNO sebagai rakan politik dengan Partai Komunis China.

Saya pernah membuat kajian politik budaya untuk ijazah Sarjana Sastra di Universitas Indonesia mengenai pengaruh Partai Komunis Indonesia (PKI) D.N. Aidit dalam kabinet NASAKOM (Nasionalis.. Agama dan Komunis) Sukarno yang mempunyai 100 menteri!

PKI mendapat kuasa dan pengaruh kuat di era Sukarno kerana Sukarno sudah terjebak dalam perangkap Partai Komunis China.

Menteri Luar China.. Chau Eng Lai.. dalam lawatannya ke Jakarta.. mahu menghadiah percuma 100,000 senapang kepada kerajaan Indonesia melalui PKI.

Tawaran komunis China ditolak kerana Angkatan Darat Indonesia tidak merestui hadiah tersebut.

Pengaruh PKI sudah menguasai para seniman dan sastrawan serta wartawan.. juga para sarjana golongan elit Indonesia. Pramudya Ananta Tur.. seorang sasterawan Indonesia terkenal.. pernah menjadi Ketua 1 LEKRA (Lembaga Kebudayaan Rakyat), persatuan penulis yang dikuasai PKI.

Niat jahat PKI menumpaskan kerajaan Sukarno dalam penggulingan kuasa 30 September, 1965 gagal.

Enam pegawai tinggi tentera darat Indonesia jadi kurban di Lubang Buaya. (Sila baca skripsi Sarjana Sastra saya berjudul PERTUMBUHAN, PERKEMBANGAN DAN KEJATUHAN LEKRA DI INDONESIA, DBP, 1972)

Tidak ada partai politik Islam Indonesia yang bersekongkong dengan PKI.. Golongan Islam tetap menentang komunisme sebab komunisme adalah musuh Islam dan agama-agama lain juga.

Tapi lanun Bugis sesat Najib Razak yang menjadi Presiden UMNO dengan bangganya mengikat UMNO dalam setiakawan dengan komunis Beijing.

Bayangkan UMNO kononnya memperjuangkan nasionalisme Melayu dan Islam sanggup bekerjasama dengan partai komunis China yang anti Islam.

Hari ini UMNO adalah rakan setiakawan dengan Partai Komunis China.

Rakyat Malaysia.. khasnya orang Melayu beragama Islam dan Raja-raja Melayu.. jangan khayal dengan kuasa..

Sekiranya kerajaan Malaysia tidak mampu membayar pinjaman berbilion ringgit menurut perjanjian maka pihak Beijing akan menguasai berbagai projek mega di negara ini seperti mana yang berlaku di Sri Langka dan di Afrika.

Apakah rakyat Malaysia sanggup Malaysia menjadi boneka Beijing komunis..?

Ingat bagaimana Beijing komunis menzalimi orang Islam di Zingkiang hari ini.

Justru itu para pengundi Johor mesti menolak semua calon UMNO.. BERSATU dan PAS kerana inilah parti TIGA ABDUL bawah pimpinan UMNO Ismail Bera yang ada ikatan setiakawan dengan Partai China Komunis Beijing.

Memberi undi kepada calon-calon UMNO, BERSATU dan PAS bermakna anda juga terlibat menyokong lanun Bugis sesat Najib Razak yang memperjudikan maruah dan kedaulatan negara Malaysia kepada Beijing.

Terlalu banyak bala Allah terjun dari langit terhadap lanun Bugis sesat ini.. Besar kemungkinan dia akan menjadi bangkai sejarah di Sg Buloh kelak.

Ingat Forest City dalam lautan derira rakyat menjadi gajah putih.. Ia menjadi lambang kerakusan UMNO dan para pemimpinnya yg super korup dengan jerung bunting dan naga sasau yang bersekongkong dengannya.

Forest City dan 10 mega projek hasil pinjaman dari China komunis akan menjadi beban derita rakyat Malaysia dan anak cucu kita akan datang sekiranya Malaysia gagal menunaikan pembayaran pinjaman berbilion ringgit itu.

Untuk menyelamatkan negara dan kerajaan Johor wajar para pengundi Johor bangkit dan menyokong semua calon PKR AMANAH DAP Pati yang berkhidmat utk rakyat,22 bulan tabur,herek bugistan and the rasuah geng kemahkamah,untuk dibicaea,najis bugis penjara12 tahun denda 210 juta, menubuhkan kerajaan baru Negeri Johor.

Ingat PH bermakna anda ingat dan menghargai jasa besar PH selama 22 bulan,Mahathir sebagai PM selama 22 songlap wang negara USD44.4b,mengkaya anak cucu cicit keroni 7 keturunan tak habis makan,

Anda.. para pengundi.. berjihad dijalan Allah menentang kemungkaran.. korupsi dan salahguna kuasa oleh UMNO, BERSATU dan PAS. Allah akan melindungi dan merestui anda yang menentang kemungkaran dan memilih PH,dap pkr Amanah dan sebagai penyelamat rakyat Malaysia dan negeri Johor.

  • Pakya Ismail C&P.

Tinggalkan komen

Design a site like this with WordPress.com
Mulakan