NILAI MARUAH MELAYU HANYA SEKAMPIT BERAS‼️

GAMBAR SEKADAR HIASAN SAHAJA

NILAI MARUAH MELAYU HANYA SEKAMPIT BERAS‼️❓❓

Maruah ialah harga diri. Maruah ialah etika akhlak. Budi dan kesopanan wujudiah kita sebagai Bani Melayu sekali gus sebagai umat manusia.

Maruah ialah kehormatan kita. Maruah ialah rasa hati dan jati diri kita sebagai Bani Melayu. Maruah ialah nama baik kita. Maruah ialah nilai yg dipegang dan dihayati. Maruah ialah pedoman dan kompas nilai. Maruah ialah keupayaan fikrah. Maruah ialah keintelektualan dan keilmuan.

Tidak ada guna Bani Melayu memaksa bani pendatang berkelakuan sopan walhal diri sendiri – tidak memiliki perangai dan maruah yg sempurna. Tidak ada guna terpekik terlolong menghunus keris sedang pungkok bergelumang taik.

Ini perbuatan yg tidak masuk akal. Jika ini berlaku maka ia adalah contoh Bani Melayu yg tidak bermaruah.

Ketam yg cuba mengajar anaknya berjalan lurus akhirnya akan tergadai di Pasar Chow Kit. Jika cikgu kencing berdiri maka aku yakin anak murid ini akan berani mengencingkan cikgu. Ketika aku menulis ini, ada satu manifestasi sebagai satu contoh terbaik untuk memahami maruah Bani Melayu. Contoh ini bersangkutan dengan sosok yg dipanggil Najib.

Si Najib ini telah jatuh dari tampuk kuasa dalam PRU14. Parti Melayu keris kontot telah melingkop juga gara2 siNajib ini. Kini bekas perdana menteri itu sedang berhadapan dengan pelbagai tuduhan dan ada kes yg sudah pun dijatuhkan 12 tahun penjara. Dari menyalah guna kuasa kepada rasuah. Dari rasuah kepada menjual negara kepada negara asing.

Berada di Jakarta ini, aku benar2 berasa malu bila tv menayangkan gambar banduan 12 tahun ini masih lagi berkot bertie kesana sini dan bani Melayu akal kontot masih lagi salam cium sedut tangan beliau.

Dari sisi lain Azilah sedang menunggu untuk menjalani hukum mati kerana terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya. Dalam akuan bersumpah itu Azilah secara jelas dan tuntas mensabitkan Najib.

Mengikit Akuan Bersumpah Azilah, si Najib telah memberi arahan untuk ‘menjimatkan’ Altantuya yg dituduh sebagai ejen asing.

Azilah seorang pegawai polis dan seorang lagi anggota polis bernama Sirul Azhar telah meledakkan Altantuya. Ia dilakuan agar tidak ada tanda2 DNA dikesan, kerana menurut Azilah, model cun dari Mongolia itu sedang berbadan dua. Entah membawa anak Razak atau membawa cucu Razak.

Tapi bukan kes Altantya yg ingin aku panjang lebarkan. Apa yg hendak aku timbulkan ialah maruah Bani Melayu. Sikap ahli parti United Malaya National Organisation – parti ketuanan Melayu – yg terus menyokong siNajib yg mereka panggil sebagai Bossku.

Sikap menyokong Najib ini jelas memperlihatkan bahawa ada satu kumpulan Bani Melayu yg tidak bermaruah. Bani Melayu yg tidak memiliki nilai salah benar. Bani Melayu yg kompas salah betulnya telah pencong.

Mata budaya Bani Melayu jenis ini telah rabun dan kabur. Kumpulan Bani Melayu jenis inilah yg tidak memberi nilai contoh kepada bani pendatang. Tanpa contoh yg baik maka bani pendatang tidak menghormati Bani Melayu.

Malah terbukti bagaimana dari kes mahkamah kita diberitahu bagaimana Jho Low seorang lelaki Bani Cina telah menipu Najib seorang pemimpin Islam dari Bani Melayu.

PRN Melaka telah membuktikan bahawa maruah bani Melayu hanya sekampit beras dan duit rm50 henget.

Kalau bani pendatang menyokong Najib, amat senang untuk difahami, kerana selama 60 tahun yg berlalu Bani Cina telah kaya-raya menjarah harta kekayaan Tanah Melayu dengan menyokong United Malays National Organisation.

Bani Melayu dan kumpulan Bani Melayu jenis ini aku takrifkan sebagai Bani Melayu tidak bermaruah. Bani Melayu yg bolih disogok dgn BRIM dan BSH dgn 3 kali bayar setahun.

Bani Melayu tidak bermaruh ini jugalah yg sering mengapi2kan sikap kebencian terhadap bani pendatang dan dalam masa yg sama melaungkan ‘Hidup Melayu.’

*Dan akhir sekali suka aku nak ingatkan, di Tanah Melayu kita ini sejarah sentiasa berulang2.

Dari zaman Parameswara diMelaka, sampai ke zaman Raja Bersiong diKedah Tua, sampai kezaman Hang Nadim diTemasik, sampai kezaman Fransis Light diPenang, kezaman Tok Janggut diKelantan, sampailah kezaman PRN Johor yg memantat2 itu. Melayu memang mudah ditipu, walaupun hanya dgn sekampit beras.*

– IJL –

Tinggalkan komen

Design a site like this with WordPress.com
Mulakan