Pecat Khairuddin sepatutnya kuasa Mursyidul Am Pas

Pecat Khairuddin sepatutnya kuasa Mursyidul Am Pas

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Dr Mahfodz Mohamed berpandangan sebarang keputusan pemecatan Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali daripada jawatan Setiausaha Majlis Syura Ulama seharusnya diputuskan dahulu oleh badan tertinggi Pas itu.

https://premium.sinarharian.com.my/article/180688/fokus/semasa/pecat-khairuddin-sepatutnya-kuasa-mursyidul-am-pas

Perlembagaan PAS

FASAL 8. Majlis Syura ‘Ulamak

(3) Seseorang yang hendak dilantik menjadi Ahli Majlis Syura ‘Ulamak itu hendaklah seseorang yang mengetahui masalah-masalah pokok (AL-USUL) dalam syariat Islam dan hukum-hukumnya atau/dan dapat merujuk masalah-masalah itu kepada al-Quran, as-Sunnah, Ijmak dan Qias dengan faham akan maksud dan maknanya yang muktabar dan hendaklah seorang yang adil yakni tidak melakukan dosa besar atau terus menerus melakukan dosa kecil dan hendaklah terpelihara maruahnya serta hendaklah seorang ahli PAS.

(4) Empat orang daripada ahli Majlis Syura ‘Ulamak itu hendaklah dipilih dan dilantik oleh Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dan empat orang yang dipilih dan dilantik oleh Jawatankuasa Kerja Dewan ‘Ulamak PAS Pusat dan masing-masing dua orang yang dipilih dan dilantik oleh Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda PAS Pusat dan Jawatankuasa Kerja Dewan Muslimat PAS Pusat dan tidak lebih lima orang yang baki itu dipilih dan dilantik oleh Majlis Syura ‘Ulamak itu sendiri. Keahlian seseorang ahli majlis itu boleh diperbaharui oleh pihak yang memilih/melantiknya setelah tamat tempoh tersebut.

(5) Ahli-ahli Majlis Syura ‘Ulamak itu hendaklah memegang jawatannya selama lima tahun. Walau bagaimanapun ahli-ahli majlis ini boleh berhenti sebelum cukup tempoh lima tahun dan boleh diberhentikan oleh Majlis Syura ‘Ulamak yang mempunyai kuasa menentukan kelayakan seseorang ahli mengikut peruntukan Ceraian (3) Fasal ini dan sebab-sebab seseorang ahli itu patut diberhentikan.

(7) Seorang Setiausaha Majlis Syura ‘Ulamak hendaklah dilantik oleh Mursyidul ‘Am di dalam dan dengan persetujuan mesyuarat Majlis Syura ‘Ulamak dari kalangan ahli-ahlinya, dan hendaklah memegang jawatan itu selama lima tahun dengan syarat dia boleh berhenti sebelum cukup tempoh tersebut dan boleh diberhentikan dengan persetujuan mesyuarat Majlis Syura ‘Ulamak dan boleh diperbaharui perlantikannya setelah tamat tempoh dia memegang jawatan itu.

FASAL 91. Lain-lain Perkara
(1) Segala perkara yang berbangkit dan perselisihan faham dapendapat di atas tafsiran Perlembagaan ini, serta Aturan dan Peraturan yang diperbuat mengikut kuasa-kuasa yang diperuntukan dalam Perlembagaan ini hendaklah dirujukkan kepada Majlis Syura ‘Ulamak dan sebarang keputusannya adalah muktamad, jika tidak diubah oleh Muktamar.

Tinggalkan komen

Design a site like this with WordPress.com
Mulakan