MENGAPA FOREST CITYJADI GAJAH PUTIH..?

MENGAPA FOREST CITY JADI GAJAH PUTIH..?

Rakyat Johor jangan bangga dengan projek Forest City yang berendam dalam laut ibarat jerung bunting merindui nirvana dalam mimpi.

Sekiranya Forest City jadi gajah putih mungkin ada lanun super koruptor berputih mata.. sebak dada.. nafas semput.

Forest City tidak dapat menggerhanai pembangunan.. kemajuan dinamisme Dubai atau Qatar.

Tok Arab tidak perlu melelong unta atau korma untuk memajukan negara mereka.. Mereka tidur atas timbunan dolar minyak dan gas pemberian Allah.

Forest City lahir dengan pembelitan pinjaman hutang dari kerajaan Beijing komunis.

Projek ini adalah salah satu dari sebelas projek gergasi China komunis di Malaysia.

Nilai semua projek komunis lebih dari RM300 bilion.. Projek ini menetas waktu lanun Bugis sesat Najib Razak jadi PM.

Kononnya ada beberapa pihak tumpang sekaki mengambil ‘berkat’ dari pelaburan China komunis di Malaysia.

Partai Komunis China yang berkuasa dapat membaca kilat dalam kilau.. senyuman dan lelehan air lior para pemimpin yang super korup.

Kerajaan super korup Sri Lanka kini jadi boneka China komunis kerana gagal membayar hutang berbilion dolar mengenai berbagai projek raksaksa China di pulau tersebut..

Begitu juga yang berlaku di Afrika.

Di Malaysia lanun Bugis sesat maharaja koruptor bukan saja memberi peluang kepada Beijing ‘menguasai’ 11 raksaksa projek di Malaysia.. termasuk Forest City.. tetapi dia juga menunjukkan setiakawan yang super tulus dan ikhlas menjadikan UMNO sebagai rakan politik dengan Partai Komunis China.

Saya pernah membuat kajian politik budaya untuk ijazah Sarjana Sastra di Universitas Indonesia mengenai pengaruh Partai Komunis Indonesia (PKI) D.N. Aidit dalam kabinet NASAKOM (Nasionalis.. Agama dan Komunis) Sukarno yang mempunyai 100 menteri!

PKI mendapat kuasa dan pengaruh kuat di era Sukarno kerana Sukarno sudah terjebak dalam perangkap Partai Komunis China.

Menteri Luar China.. Chau Eng Lai.. dalam lawatannya ke Jakarta.. mahu menghadiah percuma 100,000 senapang kepada kerajaan Indonesia melalui PKI.

Tawaran komunis China ditolak kerana Angkatan Darat Indonesia tidak merestui hadiah tersebut.

Pengaruh PKI sudah menguasai para seniman dan sastrawan serta wartawan.. juga para sarjana golongan elit Indonesia. Pramudya Ananta Tur.. seorang sasterawan Indonesia terkenal.. pernah menjadi Ketua 1 LEKRA (Lembaga Kebudayaan Rakyat), persatuan penulis yang dikuasai PKI.

Niat jahat PKI menumpaskan kerajaan Sukarno dalam penggulingan kuasa 30 September, 1965 gagal.

Enam pegawai tinggi tentera darat Indonesia jadi kurban di Lubang Buaya. (Sila baca skripsi Sarjana Sastra saya berjudul PERTUMBUHAN, PERKEMBANGAN DAN KEJATUHAN LEKRA DI INDONESIA, DBP, 1972)

Tidak ada partai politik Islam Indonesia yang bersekongkong dengan PKI.. Golongan Islam tetap menentang komunisme sebab komunisme adalah musuh Islam dan agama-agama lain juga.

Tapi lanun Bugis sesat Najib Razak yang menjadi Presiden UMNO dengan bangganya mengikat UMNO dalam setiakawan dengan komunis Beijing.

Bayangkan UMNO kononnya memperjuangkan nasionalisme Melayu dan Islam sanggup bekerjasama dengan partai komunis China yang anti Islam.

Hari ini UMNO adalah rakan setiakawan dengan Partai Komunis China.

Rakyat Malaysia.. khasnya orang Melayu beragama Islam dan Raja-raja Melayu.. jangan khayal dengan kuasa..

Sekiranya kerajaan Malaysia tidak mampu membayar pinjaman berbilion ringgit menurut perjanjian maka pihak Beijing akan menguasai berbagai projek mega di negara ini seperti mana yang berlaku di Sri Langka dan di Afrika.

Apakah rakyat Malaysia sanggup Malaysia menjadi boneka Beijing komunis..?

Ingat bagaimana Beijing komunis menzalimi orang Islam di Zingkiang hari ini.

Justru itu para pengundi Johor mesti menolak semua calon UMNO.. BERSATU dan PAS kerana inilah parti TIGA ABDUL bawah pimpinan UMNO Ismail Bera yang ada ikatan setiakawan dengan Partai China Komunis Beijing.

Memberi undi kepada calon-calon UMNO, BERSATU dan PAS bermakna anda juga terlibat menyokong lanun Bugis sesat Najib Razak yang memperjudikan maruah dan kedaulatan negara Malaysia kepada Beijing.

Terlalu banyak bala Allah terjun dari langit terhadap lanun Bugis sesat ini.. Besar kemungkinan dia akan menjadi bangkai sejarah di Sg Buloh kelak.

Ingat Forest City dalam lautan derira rakyat menjadi gajah putih.. Ia menjadi lambang kerakusan UMNO dan para pemimpinnya yg super korup dengan jerung bunting dan naga sasau yang bersekongkong dengannya.

Forest City dan 10 mega projek hasil pinjaman dari China komunis akan menjadi beban derita rakyat Malaysia dan anak cucu kita akan datang sekiranya Malaysia gagal menunaikan pembayaran pinjaman berbilion ringgit itu.

Untuk menyelamatkan negara dan kerajaan Johor wajar para pengundi Johor bangkit dan menyokong semua calon PKR AMANAH DAP Pati yang berkhidmat utk rakyat,22 bulan tabur,herek bugistan and the rasuah geng kemahkamah,untuk dibicaea,najis bugis penjara12 tahun denda 210 juta, menubuhkan kerajaan baru Negeri Johor.

Ingat PH bermakna anda ingat dan menghargai jasa besar PH selama 22 bulan,Mahathir sebagai PM selama 22 songlap wang negara USD44.4b,mengkaya anak cucu cicit keroni 7 keturunan tak habis makan,

Anda.. para pengundi.. berjihad dijalan Allah menentang kemungkaran.. korupsi dan salahguna kuasa oleh UMNO, BERSATU dan PAS. Allah akan melindungi dan merestui anda yang menentang kemungkaran dan memilih PH,dap pkr Amanah dan sebagai penyelamat rakyat Malaysia dan negeri Johor.

  • Pakya Ismail C&P.

“Forest City”, “One Belt One Road” dan Najib…

“Forest City”, “One Belt One Road” dan Najib…

Sekitar dua bulan lalu, telah tular sebuah dokumentari tentang senarai projek mega gajah putih yang terbesar di dunia…

Telah mencapai sebanyak 28 juta tontonan, projek Forest City telah diletakkan di kedudukan kedua dalam dokumentari tersebut…

Teruskan ke minit 9:28 saat dalam video diatas, untuk melihat bukti bagaimana projek Forest City boleh menduduki tempat kedua sebagai projek yang terbesar terbengkalai di dunia…

Terletak di Parlimen Gelang Patah dan berkeluasan 1.370 hektar, diumumkan sebagai projek 20 tahun oleh Najib Razak, serta diluluskan oleh Sultan Johor dibawah “China’s Belt and Road Initiative”…

Projek Forest City adalah rakan kongsi bersama Esplanade Danga 88, rakan kongsi Kumpulan Pembangunan Rakyat Johor (KPRJ), melalui kerjasama Country Garden Holding Limited dengan 60 peratus saham , manakala KPRJ sebanyak 40 peratus…

Pengurusan Forest City diletakkan di bawah Majlis Perbandaran Iskandar Puteri dan Wilayah Pembangunan Iskandar…

Walaupun dipasarkan sebagai bandar mesra tenaga serta pencemaran, projek Forest City telah mencemarkan pantai serta laut yang tidak boleh dipulihkan, akibat proses menambak laut…

Kawasan sekitar projek ini sebenarnya dilindungi sebagai “Environmentally Sensitive Area (ESA) Rank 1 Area”, dimana tiada pembangunan dibenarkan, kecuali yang berimpak rendah kepada alam sekitar, untuk kajian atau pendidikan…

Ini adalah kerana terdapat dua kawasan eko antarabangsa yang penting iaitu Tanjung Kupang Interdidal Seagrass Meadow, yang terbesar di Malaysia serta Mangrove Forest Reserve Sungai Pulai yang diletakkan di bawah Konvesyen Antarabangsa Ramsar…

Proses tebus tanah yang bermula pada Januari 2014, tanpa kelulusan Detailed Environment Impact Assessment (DEIA), penduduk kampung nelayan Tanjung Kupang serta aduan mengenai kekurangan hasil tangkapan laut…

Bahkan Malaysia juga tidak memaklumkan kepada negara jiran Singapura, seperti yang diperuntukkan dibawah perjanjian untuk kerja-kerja menebus tanah “2005 International Tribunal for the Law of the Sea-mediated”…

Singapura telah menghantar nota diplomatik pada Mei 2014 kepada kerajaan Persekutuan Malaysia, meminta penjelasan tentang isu alam sekitar dan sebagainya…

Kementerian Alam Sekitar kemudiannya telah menghantar permintaan dari DEIA kepada City Gardens pada 6 Jun 2014, notis untuk menghentikan kerja pada 17 Jun 2014, walaupun begitu tidak diendahkan…

Pada Januari 2015, DEIA telah mengeluarkan kenyataan bahawa peraturan telah diabaikan, dan meminta sebanyak 81 arahan, termasuk mengurangkan saiz projek dari 1.600 hektar kepada 405 hektar…

Beberapa keretakan juga dikesan telah berlaku di galeri pameran, bangunan hotel serta jalan raya sejurus selepas pembinaan, menimbulkan isu bahawa tanah yang ditebus tidak sempat mengeras dan stabil, akibat terlalu cepat ditambak, membuatkan konsultan projek tersebut membuat kesimpulan bahawa tanah di kawasan tersebut sedang tenggelam…

Isu rasuah juga telah timbul dimana Country Garden dilihat mengambil pekerja kolar putih dari negara China, membuatkan Mahathir membangkitkan isu tentang penglibatan pelaburan dari negara China serta isu rasuah…

Pada tahun 2018, selepas Mahathir menjadi Perdana Menteri Malaysia, beliau telah membekukan kebenaran untuk hartanah di Forest City untuk dijual kepada rakyat dari negara China…

Prestasi jualan yang pada mulanya agak rancak, bagaimana pun telah mengalami masalah sebelum itu apabila pemimpin China Xi Jinping telah melancarkan kawalan matawang untuk rakyatnya berbelanja di luar negara…

Dengan status projek terbengkalai antara terbesar dunia, sehingga sebelum akhir tahun 2019, iaitu sebelum “plandemik”, hanya 15 ribu unit telah terjual, berbanding sasaran 700 ribu unit, dan diduduki kurang dari 500 penduduk…

Selepas PRU 14, hubungan antara negara China dan Malaysia mula retak, disusuli penangguhan skim visa jangka panjang Malaysia My Second Home, ramai pembeli dari negara China menjual hartanah dengan harga yang murah…

Sejurus selepas itu, pada akhir tahun 2019, kerajaan China dipercayai telah melancarkan ‘serangan’ balas kepada Mahathir dengan melancarkan pandemik Covid-19, untuk menekan kerajaan Pakatan Harapan yang dipimpin Mahathir…

Sehinggalah Mahathir meletakkan jawatan pada Februari 2020, salah satunya disebabkan tekanan setelah Mahathir dilihat enggan melayan kes Covid-19 dan perintah berkurung yang dicadangkan WHO…

Menyebabkan juga Pakatan Harapan tewas sebanyak tujuh PRK berturut-turut, manakala Azmin dan Muhyiddin bertindak keluar parti dan membawa sekitar 30 Ahli Parlimen dari PKR dan Bersatu, untuk menyertai Muafakat Nasional, namun ditolak Zahid dan Najib, membuatkan Perikatan Nasional terpaksa ditubuhkan tanpa penyertaan UMNO…

Senjata biologi Covid-19 juga dipercayai telah digunakan oleh kerajaan China dengan kerjasama dari WHO untuk ‘menaikkan’ kes sehingga mencecah puluhan ribu sehari, untuk memberi tekanan kepada Muhyiddin dan kerajaan Perikatan Nasional…

Ismail Sabri yang menggantikan Muhyiddin yang telah meletak jawatan pada Ogos 2021, juga dipercayai bakal menerima nasib yang sama, setelah dilihat enggan membebaskan kes rasuah serta salah guna kuasa pemimpin boneka kerajaan China iaitu Najib Razak dan Zahid Hamidi…

Sehingga 3 Februari 2022, kes Covid-19 telah meningkat hampir mencecah 6 ribu kes sehari, sedangkan menurut KKM, hampir 98 peratus populasi dewasa telah mengambil vaksin dua dos lengkap di Malaysia…

Adakah alat ujian Covid-19 yang dikeluarkan syarikat “multi-billion” Abbott Laboratories dari Amerika yang telah menghasilkan 700 juta unit kit ujian di seluruh dunia, telah ‘memalsukan’ keputusan positif mengikut arahan pihak tertentu…

Na’udzubillahiminzalik. Wallahua’lam. Allahu Akbar. C&P.

Design a site like this with WordPress.com
Mulakan