Pas Dalam Politik Malaysia 1999-2015 — geopractice

Kesinambungan kajian hubungan Pas dalam politik Malaysia ditunjukkan oleh kajian bertajuk “Pas dalam kerjasama politik di Malaysia 1999-2015”. Kajian oleh pengkaji UM pada 2017 menyentuh tentang hubungan Pas semasa dalam BA Barisan Alternatif , PR Pakatan Rakyat, KPP Kelab Penyokong Pas dan DHPP Dewan Himpunan Penyokong Pas. Sumber: repo um – link. Banner pilihanraya BA […]

Pas Dalam Politik Malaysia 1999-2015 — geopractice

Kita sering berusaha menjaga hubungan dengan manusia…

Kita sering berusaha menjaga hubungan dengan manusia…

Bahkan kita akan sentiasa cuba jaga dan ambil hati orang lain.

Kadangkala lebih dari jaga hati sendiri, sebab kita takut terpencil dan dipencilkan manusia.

Namun, manusia tetap jauh dari kita, menyakiti kita, berpaling dari kita, memfitnah dan menjauhi kita.

Sekali sahaja silap dan salah kita pada orang lain, kita sudah hitam di mata mereka.

Namun, kita sering lalai dan cuai dengan hubungan denganNya, Allah.

Terlalu sedikit kita mengingati Nya.

Terlalu sedikit kita menyebut nama Nya.

Bahkan kita sering engkar dengan perintah-perintah Nya.

Kita tidak bersungguh untuk jaga hubungan dengan Nya.

Tidak bersungguh buat apa yang Dia redha dan suka.

Sering melakukan dosa terhadap Nya.

Namun, Dia tetap sentiasa membuka pintu rahmat kasih sayang Nya pada kita…

وَلَا تُفْسِدُوا فِي الْأَرْضِ بَعْدَ إِصْلَاحِهَا وَادْعُوهُ خَوْفًا وَطَمَعًا إِنَّ رَحْمَتَ اللَّـهِ قَرِيبٌ مِّنَ الْمُحْسِنِينَ

Dan janganlah kamu membuat kerusakan di muka bumi, sesudah (Allah) memperbaikinya dan berdoalah kepada-Nya dengan rasa takut (tidak akan diterima) dan harapan (akan dikabulkan). Sesungguhnya rahmat Allah amat dekat kepada orang-orang yang berbuat baik.
(Al A’raf: 56)

Sentiasa membuka pintu keampunan Nya, memberi peluang untuk kembali pada Nya…

عَنْ أَنَسِ بنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ ، قَالَ : سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُوْلُ : ( قَالَ اللهُ تَبَارَكَ وَ تَعَالَـى : يَا ابْنَ آدَمَ ، إنَّكَ مَا دَعَوْتَنِيْ وَرَجَوْتَنِيْ غَفَرْتُ لَكَ عَلَى مَا كَانَ فِيْكَ وَلَا أُبَالِيْ ، يَا ابْنَ آدَمَ لَوْ بَلَغَتْ ذُنُوبُكَ عَنَانَ السَّمَاءِ ، ثُمَّ اسْتَغفَرْتَنِيْ ، غَفَرْتُ لَكَ وَلَا أُبَالِيْ ، يَا ابْنَ آدَمَ إِنَّكَ لَوْ أَتَيْتَنِيْ بِقُرَابِ الْأَرْضِ خَطَايَا ، ثُمَّ لَقِيتَنيْ لَا تُشْرِكُ بِيْ شَيْئًا ، لَأَتَيْتُكَ بِقُرَابهَا مَغْفِرَةً ).

Dari Anas bin Mâlik Radhiyallahu anhu ia berkata, “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, Allah SWT berfirman, ‘Hai anak Adam! Sesungguhnya selama engkau berdo’a dan berharap hanya kepada Ku, niscaya Aku mengampuni dosa-dosa yang telah engkau lakukan dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam! Seandainya dosa-dosamu setinggi langit, kemudian engkau minta ampunan kepada Ku, niscaya Aku mengampunimu dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam! Jika engkau datang kepadaku dengan membawa dosa-dosa yang hampir memenuhi bumi kemudian engkau bertemu dengan Ku dalam keadaan tidak mempersekutukan-Ku dengan sesuatu pun, niscaya Aku datang kepadamu dengan memberikan ampunan sepenuh bumi.”
(Hadith Riwayat At-Tirmidzi)

Sentiasa menunggu permohonan doa dan aduan dari kita…

وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ

Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.
(Al Baqarah: 186)

Sentiasa dekat dengan kita…

وَنَحْنُ أَقْرَبُ إِلَيْهِ مِنكُمْ وَلَـٰكِن لَّا تُبْصِرُونَ

dan Kami lebih dekat kepadanya dari pada kamu. Tetapi kamu tidak melihat,
(Al Waqi’ah: 85)

Sentiasa menanti-menanti ingatan kita pada Nya…

عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ رضى الله عنه قَالَ قَالَ النَّبِىُّ صلى الله عليه وسلم :
« يَقُولُ اللَّهُ تَعَالَى أَنَا عِنْدَ ظَنِّ عَبْدِى بِى ، وَأَنَا مَعَهُ إِذَا ذَكَرَنِى ، فَإِنْ ذَكَرَنِى فِى نَفْسِهِ ذَكَرْتُهُ فِى نَفْسِى ، وَإِنْ ذَكَرَنِى فِى مَلأٍ ذَكَرْتُهُ فِى مَلأٍ خَيْرٍ مِنْهُمْ ، وَإِنْ تَقَرَّبَ إِلَىَّ بِشِبْرٍ تَقَرَّبْتُ إِلَيْهِ ذِرَاعًا ، وَإِنْ تَقَرَّبَ إِلَىَّ ذِرَاعًا تَقَرَّبْتُ إِلَيْهِ بَاعًا ، وَإِنْ أَتَانِى يَمْشِى أَتَيْتُهُ هَرْوَلَةً »

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, ia berkata bahwa Nabi SAW bersabda, “Allah Ta’ala berfirman: Aku sesuai persangkaan hamba-Ku. Aku bersamanya ketika ia mengingat-Ku. Jika ia mengingat-Ku saat bersendirian, Aku akan mengingatnya dalam diri-Ku. Jika ia mengingat-Ku di suatu kumpulan, Aku akan mengingatnya di kumpulan yang lebih baik daripada pada itu (kumpulan malaikat). Jika ia mendekat kepada-Ku sejengkal, Aku mendekat kepadanya sehasta. Jika ia mendekat kepada-Ku sehasta, Aku mendekat kepadanya sedepa. Jika ia datang kepada-Ku dengan berjalan (biasa), maka Aku mendatanginya dengan berjalan cepat.”
(Hadith Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Justeru, cukuplah Dia, Allah untuk kita…

Umno tak insaf atau PAS yang hilang kopiah bila jumpa ‘pucuk muda’

Umno tak insaf atau PAS yang hilang kopiah bila jumpa ‘pucuk muda’
02/02/2022 Admin
Aiman Hanif

ULASAN | PERTAMA saya mohon maaf kepada ahli PAS dan pendokong PAS jika tulisan saya ini mengguris hati dan perasaan mereka.

Walau pun agak sukar, namun saya rasa perlu untuk menyentuh tentang PAS yang dilihat mula hilang arah selepas mendapat kedudukan dalam kerajaan.

PAS semakin hari semakin hilang arah. PAS yang dulu dilihat bahagia bersama dengan Umno dalam Muafakat Nasional (MN) kini semakin galak menyerang Umno dengan mengikut telunjuk Bersatu.

PAS bagaikan telah lupa asas perjuangan dan sudah tidak nampak musuh sebenar mereka iaitu Pakatan Harapan (PH). Hari ini, sesiapa yang memusuhi Bersatu mereka juga musuh PAS.

Jumaat lalu, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang melabel Umno sebagai “itik patah kaki” yang cuba berenang sendiri selepas disembuhkan PAS. Wah, mujarab sungguh “makjun” digunakan PAS.

Hari ini, Abdul Hadi dalam tulisannya menyerang Umno lagi, kali ini Ahli Parlimen Marang itu mendakwa Umno tidak pernah “insaf” dan terus mempengaruhi PAS dengan cara lama.

Umno tidak pernah insaf atau pemimpin PAS yang telah lupa diri. Selepas dapat jawatan dalam kerajaan kopiah pun terbang.

Barangkali PAS mungkin lupa, keberadaannya dalam kerajaan hari ini adalah disebabkan MN yang dibentuk bersama Umno. Tanpa MN mungkin hari ini PAS terus menjadi sasaran Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan pelbagai gelaran diberikan.

Mungkin PAS juga sudah lupa akan tangisan kegembiraan umat Melayu Islam melihat penyatuan dua parti terbesar orang Melayu Islam itu bersatu dan menamatkan persengketaan yang berpuluh tahun lamanya.

Penyatuan itu menutup segala fatwa yang dikeluarkan PAS terhadap Umno sebelum ini. Fatwa Haji Hadi telah memecah belahkan umat Islam sejak sekian lama sehingga berlakunya dua imam dalam satu masjid dan sembelihan orang Umno “haram” untuk dimakan.

Sampai ke hari ini Abdul Hadi tidak pernah menarik balik “fatwanya” itu dan perpecahan orang Melayu Islam disebabkan fatwa itu cukup ketara khususnya di Kelantan dan Terengganu. Bahkan perpecahan akibat fatwa itu turut berlaku dalam keluarga penulis.

Air mata tangisan kegembiraan orang Melayu melihat penyatuan parti terbesar umat Islam itu telah tiada nilainya bagi PAS. Ia tidak lebih sekadar wayang politik untuk meraih sokongan.

Apakah PAS tidak sedar bahawa MN yang telah membina kekuatan menyebabkan ketakutan kepada PH dan keutuhan yang dibina itu diruntuhkan Muhyiddin melalui PN, dengan mudahnya membeli jiwa PAS dengan habuan pangkat dan kedudukan.

Akhirnya, hari ini secara rasmi PAS menjadi budak suruhan Bersatu. Bersatu pula yang berdepan defisit kepercayaan rakyat terus berusaha untuk menjadi “abang besar” bagi membolehkan mereka mengawal Umno.

Ya, tidak keterlaluan laluan PAS hari ini telah hilang asas perjuangannya. PAS yang dulu sering meratib hudud dan ingin menegakkan negara Islam jika berjaya ke Putrajaya sudah tiada, hanya tinggal kenangan.

PAS kini lebih sibuk memikirkan kuasa dan kedudukan, kerusi empuk serta “Vellfire” yang mula menjadi dambaan “tok lebai” PAS.

PAS tidak lagi gemar berarak ke Padang Merbok untuk menegakkan RUU355 atau ke Dataran Merdeka bagi menentang ratifikasi ICERD.

Apa yang penting bagi perjuangan PAS hari ini adalah mengekalkan kedudukan mereka di Putrajaya serta mengumpul kereta mewah.

PAS sudah lupa tangan kawan yang menarik mereka naik sehingga mampu berdiri dengan megah di Putrajaya.

Kepada pemimpin PAS, cukuplah perdagangkan agama demi kepentingan politik kalian sehingga menyebabkan perpecahan orang Melayu Islam.

Dengan siapa anda ingin berkawan, ingin bekerjasama itu hak anda. Tapi usah bercakap soal jiwa besar kalau PRN Sarawak pun letak calon disaat rakan komponen iaitu GPS meminta parti PN tidak berbuat demikian.

PAS langsung tidak menghormati rakan, sebab itulah sejarah telah membuktikan PAS sebuah parti yang tidak setia sering bercerai bila jumpa “pucuk muda”. – Malaysiapost

PAS remehkan perpaduan Melayu-Islam dan Al-Quran?

PAS remehkan perpaduan Melayu-Islam dan Al-Quran?

Bakar Suar – February 1, 2022

Perseteruan antara PAS dan Umno adalah klasik, seolah-olah kedua-dua parti orang Melayu-Islam itu memang sudah ditentukan sejak azali lagi untuk bermusuhan.

Bukan tiada usaha untuk merapatkan saf antara mereka namun lazimnya ada sahaja yang tidak kena yang menyebabkan mereka fasakh berulang kali.

Kini keadaan dirumitkan pula dengan kehadiran sebuah lagi parti politik Melayu-Islam yang menjerumuskan mereka dalam kancah politik yang semakin mencerai-beraikan umat Islam Malaysia – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Yang menariknya ialah, ketiga-tiganya mempunyai benih politik yang sama. Baik PAS mahupun Bersatu sebenarnya lahir daripada “tulang rusuk” Umno.

Dalam kalangan ketiga-tiga parti politik itu, PAS nampaknya mempunyai keistimewaan tersendiri. Ia mengisytiharkan dirinya sebuah parti politik Islam di Malaysia.

Mungkin ini untuk membezakan dirinya dengan parti-parti lain ketika ia ditubuhkan.

Atau, mungkin juga ia mahu mengabsahkan bahawa perjuangannya suci dan mulia. Ia melaungkan Islam sebagai asas perjuangannya. Pelbagai sirah diketengahkannya untuk memberitahu bahawa PAS bukan parti yang mengamalkan assabiyah atau nasionalisme sempit.

Langkah ini merumitkan PAS sendiri. Dengan menghakmilikan Islam sebagai ideologinya, ia sebenarnya menjarakkan PAS daripada kepentingan politik warga Malaysia yang bukan muslim.

Sebab itu PAS terpaksa menonjolkan sisi toleransi kepada masyarakat bukan Islam dengan menubuhkan Dewan Khas bukan Muslimnya.

Sebenarnya keadaan ini menyempitkan sedikit ruang politik PAS sendiri. Deklarasi ia sebuah parti Islam mewajibkan tatakrama politik PAS mesti tidak mengabaikan perintah politik mengikut Al-Quran dan sunnah.

Sebab itu Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat, mewasiatkan pada PAS supaya tidak usah berkira untuk berbaik dengan Umno yang dianggap tidak menurut prinsip politik Islam.

Namun realiti politik mutakhir membuktikan pimpinan PAS mengabaikan wasiat mantan Menteri Besar Kelantan yang menjadi inspirasi perjuangan mereka yang soleh dalam PAS.

Apabila Umno kecundang dalam Pilihan Raya Umum 2018, Presiden PAS, Abdul Hadi Awang, memimpin PAS menyantuni Umno yang “patah kaki politik” hingga ia pulih.

Justeru ramai kalangan pengkagum cara pimpinan yang bening Tok Guru Nik Aziz tidak dapat melupakan wasiat Allahyarham yang dilanggar Hadi.

Namun puak penasihat Hadi mentafsirkan tingkah Hadi itu sebagai mematuhi uslub atau metodologi dakwah ikhlas PAS. Maka terbentuklah apa yang dinamakan Muafakat Nasional (MN) di antara PAS dan Umno.

Semangat dakwah Hadi membuak dan beliau mengajak PAS memperluaskan “jiwa besar” partinya dalam jaringan Perikatan Nasional (PN) pula dengan membabitkan parti serpihan Umno yang baru dilahirkan – Bersatu.

Buat seketika PAS bangga mengakui dirinya pendamai di antara Umno dan Bersatu. Kepentingan Bersatu dalam politik ditatang dengan rapi kerana Hadi melihat kehadiran Bersatu itu peluang “mengimbangi” Umno dalam kerajaan pimpinan PN.

Maka bertukarlah dasar Hadi itu menjadi satu strategi politik pula. Umno ada sebab memecat Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin, ketika beliau menjadi Timbalan Presidennya.

Kini Muhyiddin sudah mempunyai Bersatu yang turut berpayung dengan PAS dan Umno bawah panji PN. Dendam Muhyiddin pada Umno yang digelarnya dipimpin kluster kleptokrat diusap mulus oleh Hadi dan PAS.

Strategi politik Hadi ini cepat merangsang Muhyiddin mencongak langkah melempiaskan dendamnya terhadap Umno apatah lagi PN telah menyamaratakan status politik Umno dan Bersatu bawah satu bumbung.

Sebagai seorang ahli politik Hadi sedar menyamaratakan status Umno dan Bersatu dalam kerajaan PN adalah perbuatan sengaja membiarkan “retak menanti belah”. Lambat laun Umno dan Bersatu pasti berbalah.

Namun Hadi yang bermula dengan alasan mahu jadi pendamai Umno-Bersatu menunjukkan belang politik sebenarnya apabila tidak segan silu mempamerkan PAS lebih condong pada Muhyiddin dan Bersatu.

Untuk PRN Johor, PAS dan Bersatu bersetuju menggunakan lambang PN. Ini membuat amarah politik Umno menggelegak.

Sebelum itu PAS mencadangkan pada Umno hasratnya mahu bertanding di semua kerusi yang Umno kalah dalam PRU ke-14 pada 2018 atas alasan mahu memperkukuhkan MN.

Hadi tahu Umno pasti menolak kerana tujuan asal Umno mencetuskan PRN Johor ialah untuk menebus kembali kerusi yang ia tewas pada PRU14 sekaligus menstabilkan kedudukannya sebagai pemimpin kerajaan Johor.

Umno yang sedar strategi PAS membuka peluang meluaskan pengaruh di Johor dan membantutkan rancangan Umno terus memerintah Johor, membalas saranan PAS itu dengan syor supaya parti itu bertanding empat kerusi sahaja.

Hadi menuduh Umno “kacang lupakan kulit” di mana PAS telah membantu memulihkan “kakinya yang patah” dan kini mahu meninggalkan PN seraya menyindir ia membuktikan Umno tamak kuasa.

Hadi mungkin ada skema politiknya sendiri namun PAS adalah parti Islam yang mesti berpegang pada firman Allah:

“Dan jika dua puak dari orang-orang yang beriman berperang, maka damaikanlah di antara keduanya; jika salah satunya berlaku zalim terhadap yang lain, maka lawanlah puak yang zalim itu sehingga ia kembali mematuhi perintah Allah; jika ia kembali patuh maka damaikanlah di antara keduanya dengan adil (menurut hukum Allah), serta berlaku adillah kamu (dalam segala perkara); sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil”. (Al-Hujurat 49:9)

Apa yang dilakukan oleh PAS pimpinan Hadi ini jelas bertentangan dengan perintah Allah. Sudah pasti ia menjengkelkan ahli-ahli PAS yang soleh tiga kali.

Pertama, melanggar perintah Allah. Kedua, mengamalkan sikap hipokrasi dengan berpura mahu jadi pendamai politik atas nama Islam. Ketiga, mengabaikan wasiat Nik Aziz.

Ini membuat politik Melayu-Islam semakin bercelaru dan menimbulkan persoalan: apakah politik Hadi ini Islami?

Erti Istiqamah

Erti Istiqamah

Marilah kita mempelajari erti istiqamah.
Agar kita faham, hayati dan laksanakan di dalam kehidupan.
Erti istiqamah: tetap pendirian di atas kebenaran.
Tetap di atas keyakinan yang diwajibkan.
Berterusan membuat kebajikan yang telah diamalkan.
Yang wajib ditinggalkan, terus ditinggalkan berpanjangan.
Apabila diperjuangkan apa yang disebutkan, terus-menerus diperjuangkan, tidak ada perhentian.
Itulah dia erti istiqamah di dalam Islam.
Istiqamah ada dua bahagian.
Yang lahir dan yang batin atau yang bersifat fizikal dan yang bersifat rohaniah.
Yang lahiriah sebagai contoh, jika sudah bersembahyang, terus-meneruslah bersembahyang.
Kalau sudah berpuasa dan lain-lain amalan, dibuat berterusan.
Begitulah amal kebajikan yang lain-lainnya sekalipun yang sunat, amalannya berterusan tanpa ditinggalkan.
Istiqamah amalan lahir agak mudah dan senang.
Tapi sangat susah bagi kebanyakan orang.
Adakalanya istiqamah, adakalanya tidak dapat dilakukan.
Jika yang lahiriah yang mudah pun payah dan susah melakukan istiqamah berpanjangan.
Yang batin atau yang bersifat rohaniah lagilah susah dan payah mengamalkan.
Kita buat beberapa contoh untuk difaham sebagai panduan.
Takutkan Tuhan diperintah. Kadang-kadang takut, kadang-kadang bukan sahaja tidak takut bahkan dilupakan.
Cintakan Tuhan disuruh, kadang-kadang dirasakan, adakalanya hilang di dalam perasaan.
Keyakinan dengan perkara yang diwajibkan, kadang-kadang teguh pegangan, adakalanya longgar keyakinan.
Keyakinan dengan Tuhan tentang rezeki, kejayaan dan kemenangan di masa depan,
adakalanya menjadi pegangan, di waktu yang lain pula goyang.
Rasa bertuhan dan rasa kehambaan, di waktu-waktu tertentu ada di dalam perasaan, di waktu yang lain perasaannya hilang.
Di setengah-setengah ketika boleh merendah diri, di setengah-setengah masa menyombong pula.
Kasih sayang sesama manusia kadang-kadang ada, kadang-kadang hilang.
Kadang-kadang bertimbang rasa, adakalanya hati merasakan peduli apa dengan mereka.
Lebih-lebih lagi ikhlas amat susahnya hendak istiqamah.
Selalu sahaja apabila membuat kebaikan, sedikit sangat kerana Tuhan. Kebanyakannya kerana diri atau selain Tuhan.
Inilah dia erti istiqamah dan payah sangat beristiqamah.
Kerana istiqamah itu adalah sifat para wali.
Di dalam kitab dikatakan, “Janganlah engkau meminta kewalian tapi mintalah istiqamah.”
Istiqamah sangat diperintah sekalipun amalan itu sedikit.
Itu lebih baik daripada amalan yang banyak tapi tidak istiqamah.

TEPUK DADA DAN TANYA IMAN

Tepuk dada tanya selera adakah undang-undang, peraturan, dasar, dan Akta yang selama ini dibuat benar-benar tulus atau hanya memihak kepada pihak-pihak tertentu…?

Maka itu saya berkali-kali menyarankan kepada semua pemain industri untuk bersama kami melakukan perubahan.

Akta dan Dasar yang dibuat selama ini perlu kita rombak semula.

Tetapi….. Bagaimana kita boleh merombaknya..?

Adakah dengan Persatuan, Gabungan mahupun Kesatuan boleh mengubah dasar…?

Sudah pasti jawapannya TIDAK BOLEH.

Dasar hanya boleh diubah melalui kuasa Politik.

So… Apakah kita masih nak duduk dalam tempung dan membiarkan orang-orang yang bukan dari industri kita terus membuat dasar kepada industri dan nasib kita…?

Ayuh bangkitlah bangsaku…

Kita hidup di dalam Negara yang mengamalkan demokrasi, Kerajaan dibentuk melalui Politik.

Jadi dimanakah logiknya kita semua tidak boleh terlibat dengan Politik…?

Fikir-fikirkan dan renung-renungkan

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib kita melainkan kita sendiri yang berusaha untuk mengubahnya”.

KAMALPPDM
Ketua Aktivis Pengangkutan Darat Malaysia

Harga siling ayam RM8.90 sekilogram bermula 5 Februari ini

Tudiaa !!! Harga siling ayam RM8.90 sekilogram bermula 5 Februari ini. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menetapkan harga siling runcit ayam standard kepada RM8.90 sekilogram berkuatkuasa 5 Februari ini (Sabtu).

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, harga siling tersebut akan kekal sehingga 5 Jun 2022 iaitu selama 121 hari bagi seluruh Semenanjung untuk menjamin kestabilan harga ayam dan juga harga makanan lain yang berkaitan.

Bagaimanapun harga siling runcit ayam bagi Labuan, Sabah dan Sarawak akan dibuat berdasarkan lokasi.

“Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) yang diadakan pada 31 Januari lalu juga telah diberikan taklimat berkenaan industri pengeluaran ayam dan telur yang menerima impak kenaikan mendadak kos input makanan jagung dan soya, yang merangkumi 70 peratus kos penternakan ayam.

“Dengan peningkatan kos pengeluaran maka pihak industri telah mengemukakan kepada kerajaan supaya harga kawalan dinaikkan.

“Sekiranya tiada intervensi daripada kerajaan, harga runcit ayam di pasaran pada masa ini akan melebihi RM10.00 sekilogram,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Harga siling runcit ayam yang baru ditetapkan itu berikutan Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia (SHMKM) akan berakhir pada 4 Februari ini

Sebelum ini, Persatuan Penternak-Penternak Malaysia menganggap SHMKM yang ditetapkan kerajaan bagi harga siling ayam telah menyebabkan kerugian kepada golongan penternak termasuk pemborong dan peruncit.

Skim tersebut dikatakan tidak mengikuti kos operasi dan harga dedak import yang sudah meningkat sehingga menyebabkan syarikat pengeluaran kerugian hingga RM3 juta setiap bulan.

Presiden mereka (PAS) telah panggil UMNO binatang yang patah kaki

Semalam seorang pemimpin PAS dengan tidak semena-mena telah memanggil UMNO pengkhianat. Ini selepas Presiden mereka (PAS) telah panggil UMNO binatang yang patah kaki beberapa hari lalu.

Saya lihat pemimpin-pemimpin PAS ini sudah keliru dan bercelaru kepala. Mungkin mereka koyak dan rasa bersalah ataupun mungkin mereka berada dalam sindrom penafian sebab di dalam hati mereka, mereka tentunya tahu pengkhianat sebenar adalah pelompat parti yang ramai dalam PPBM, parti yang pemimpin-pemimpin PAS ini hendak sangat pertahan dan bersedudukan itu.

Sebelum ini di PRN Melaka mereka telah tuntut banyak kerusi walaupun sebelum itu mereka tidak menang satu kerusi pun, dan apabila mereka tolak kerusi yang kita tawarkan kedengaran khabar-khabaran yang beberapa pemimpin PAS ingin “ajar” UMNO di Melaka. Kini mereka ingin “ajar” kita di Johor pula. Adakah ini semangat muafakat yang PAS bawa?

Dan jika mereka muhasabah, tentunya mereka sedar pihak yang sebenarnya mengkhianati Muafakat Nasional adalah mereka (pemimpin PAS) sendiri apabila mereka mendaftar Perikatan Nasional (PN) dengan PPBM iaitu parti pengkhianat mandat rakyat dan pelompat parti dan parti yang mengkhianati UMNO.

Pendaftaran PN ini berlaku hanya beberapa bulan sahaja selepas mereka (PAS) menandatangani piagam Muafakat Nasional dengan UMNO.

Tindakan mereka (PAS) ini dilihat sebagai percubaan untuk paksa UMNO terima PPBM dan masuk PN jika UMNO mahu bekerjasama dengan PAS, sebab itu mereka tergesa-gesa daftar Perikatan Nasional hanya beberapa bulan selepas Langkah Sheraton di mana beberapa pemimpin PAS dilantik Muhyiddin menjadi Menteri, walaupun mereka tentunya tahu bahawa akar umbi UMNO tidak boleh terima pengkhianat-pengkhianat UMNO yang telah lompat parti ke PPBM tersebut.

Jika kita bertunang dengan seseorang, tiba-tiba orang itu bertunang dengan orang lain, maka orang yang bertunang dengan orang lain itu lah yang sebenarnya pengkhianat.

Apabila ini berlaku, pertunangan pertama itu secara automatik terbatal. Lebih-lebih lagi apabila orang itu bertunang pula dengan pengkhianat yang telah mengkhianati kita, maka berlakulah pertunangan antara dua pengkhianat.

Saya harap mereka (pemimpin PAS) sedar akan hal ini dan tidak beretorik lagi sebab rakyat bukannya bodoh, mereka boleh nampak taktik-taktik politik seperti ini.

Dan ulamak sebenar tidak melabel-label orang lain dan memanggil orang lain dengan nama binatang. Usahlah cemarkan nama ulamak.

Jika tersilap langkah, kembalilah ke pangkal jalan. Dalam Islam pintu taubat sentiasa terbuka.

Salam.
2 Feb 2022

HADI AWANG YANG TAK PERNAH KONSISTEN MEMBAWA HALATUJU PERJUANGAN PAS

Gambar Sekadar Hiasan Shj.

HADI AWANG YANG TAK PERNAH KONSISTEN MEMBAWA HALATUJU PERJUANGAN PAS

Dibawah ini disenaraikan sebahagian dari kenyataan Hadi sepanjang penglibatan beliau sebagai seorang ahli politik yang kononnya bertaraf ULAMA:

  1. AMANAT HADI – Mengkafirkan UMNO yang mengekalkan perlembagaan penjajah.
  2. Mengumpamakan gabungan UMNO dan MCA dalam Barisan Nasional umpama sekawah gulai suci dimasokkan seketol daging BABI.
  3. Buat kenyataan bahawa tidak sah solat yang diimamkan orang UMNO.
  4. Buat kenyataan haram makan sembelihan orang UMNO.
  5. Buat kenyataan bahawa tidak sah pernikahan yang dijalankan oleh kadhi atau imam yang dilantik UMNO dan pasangan yang terlibat perlu dinikahkan kembali dengan segera.
  6. Buat kenyataan bahawa terfasakh pernikahan dengan pasangan yang menyokong UMNO.
  7. Buat kenyataan bahawa jenazah orang UMNO tidak perlu disembahyangkan sepertimana orang kafir atau murtad.
  8. Buat kenyataan bahawa tidak boleh membenarkan orang UMNO melakukan sembahyang jenazah ke atas orang PAS/Islam.
  9. Buat kenyataan bahawa tidak boleh mengebumikan orang UMNO di tanah perkuburan Islam.
  10. Buat kenyataan bahawa ibadah orang UMNO tidak diterima Allah SWT.
  11. Buat kenyataan rasuah bukan kesalahan dalam undang² Hudud.
  12. …dan lain-lain C&P.
Design a site like this with WordPress.com
Mulakan