Mahiaddin Dan Hadi Derhaka Pada Agong?

Mahiaddin Dan Hadi Derhaka Pada Agong?

Kali pertama Mahiaddin mengetuai Ahli Parlimen PN untuk menderhaka kepada YDP Agong, ketika beliau menjadi Perdana Menteri.

Seluruh negara tahu, Mahiaddin dan Takiyudin telah menyanggah titah YDP Agong masa perbahasan ordinan darurat di Parlimen.

Takiyuddin ‘menjual’ nama institusi YDP Agong dalam Parlimen dan menjadikannya perisai ketika diasak oleh pembangkang.

Jelas dapat dilihat, selepas Takiyuddin dapat isyarat dari Mahiaddin, beliau telah tipu Parlimen.

Takiyuddin dakwa, kabinet sudah merungkai ordinan darurat selepas dapat perkenan YDP Agong.

Istana Negara pantas keluarkan kenyataan media untuk menafikan apa yang diucapkan oleh Takiyuddin.

Malah, Istana Negara jelaskan, apa yang dititahkan oleh YDP Agong telah tidak dilaksanakan oleh regim Mahiaddin.

Kini, sekali lagi Mahiaddin mengetuai Ahli Parlimen PN untuk derhaka pada YDP Agong.

Pada 17 Ogos 2021, lepas Mahiaddin tumbang, Speaker Parlimen keluarkan surat arahan YDP Agong kepada semua Ahli Parlimen.

YDP Agong titahkan supaya surat akuan kepercayaan Ahli Parlimen kepada calon Perdana Menteri baharu mesti tidak bersyarat.

Tetapi baru-baru ini, Mahiaddin sendiri mengakui bahawa beliau telah sekali lagi derhaka kepada YDP Agong.

Secara tidak sedar, Mahiaddin dedahkan, beliau telah letakkan syarat yang mesti diikuti oleh Ismail Sabri untuk dapatkan sokongan PN.

Ini jelas bertentangan dengan titah YDP Agong.

Tidak siapa akan tahu kalau Mahiaddin sendiri tidak dedahkannya.

Demi kuasa, Mahiaddin sanggup lakukan apa sahaja.

Lebih menjijikkan, walau pun sudah tidak berkuasa, Mahaiaddin sanggup lakukan apa sahaja untuk kekalkan cengkaman kuasa.

Kalau YDP Agong pun sudah berani Mahiaddin langgar, apa lagi rakyat marhaen, sudah pasti akan dipandang setaraf sampah.

Mahukan orang Johor diperintah oleh parti yang diketuai oleh penderhaka?

Design a site like this with WordPress.com
Mulakan