NAJIB RAZAK

GAMBAR SEKADAR HIASAN SAHAJA

NAJIB RAZAK

“Katanya, setakat ini pihak berkuasa AS sudah memberikan maklum balas namun masih belum mendedahkan nama yang terlibat.” kata Azam Baki.

Goldman Sachs dilantik pada awal tahun 2009 semasa penubuhan Terengganu Investment Authority (TIA) dan sebelum ianya diambil alih oleh kerajaan pusat dan dinamakan semula sebagai 1MDB.

Pada tahun 2020 Goldman Sachs telah membayar RM16.6 bilion kepada kerajaan pusat setelah mengaku pegawai-pegawai mereka telah sogok beberapa orang pegawai kerajaan Malaysia dan 1MDB yang tidak dinamakan.

Barisan peguam USA bagi bekas pegawai Goldman Sachs yang dituduh terlibat dalam sogokan pegawai-pegawai kerajaan Malaysia dan 1MDB mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa mereka mempunyai bukti “exculpatory” ataupun bukti yang boleh membersihkan nama saya dan mereka ada tanggung jawab etika serta moral untuk menyalurkan bukti tersebut kepada saya tapi dihalang oleh kerajaan USA.

Pada awal tahun 2021 pula, saya telah menang dalam mahkamah USA untuk mendapat matlumat tersebut tapi dihalang oleh kerajaan USA yang tiba-tiba sekat mahkamah serta Goldman Sachs untuk mendedahkannya kepada saya.

Kerajaan Malaysia pula tidak mahu mendedahkan matlumat tersebut sebab mereka telah rahsiakan perjanjian penyelesaian Goldman Sachs dan klasifikasikannya sebagai OSA.

Barisan pendakwaan kerajaan dalam kes-kes saya juga tidak ingin cari atau tahu matlumat tersebut walaupun matlumat ini ada pada kerajaan Malaysia dan USA apabila hakim kata barisan pendakwaan tidak memiliki matlumat tersebut semasa hakim tolak permohonan saya untuk mendapatnya.

Dan tiada seorang dari NGO-NGO pro-PH, pemimpin-pemimpin PH ataupun geng Atok juga ingin tahu atau tuntut tindakan diambil ke atas pegawai-pegawai kerajaan Malaysia dan 1MDB tidak dinamakan yang telah disogok sehingga Goldman Sachs terpaksa membayar RM16.6 bilion sebagai kos penyelesaian kepada kerajaan Malaysia.

Kes ketua pesuruhjaya SPRM meiliki saham bernilai sekitar RM300k hingga RM600k, mereka serang habis-habisan dan suruh telus (dan kerajaan memang perlu telus dan memberi penjelasan yang menyakinkan).

Tapi kes bekas keluarga bekas gabenor menerima RM65 juta sehingga RM700 juta dana berkait 1MDB untuk disorok di akaun bank luar negara, mereka membisu.

Kes bekas menteri kabinet terlibat dalam kes SRC menerima RM85 juta dana berkait 1MDB untuk disorok di akaun bank proksi luar negara, mereka membisu lagi.

Dan kes beberapa pegawai kerajaan dan 1MDB disogok sehingga Goldman Sachs perlu membayar RM16.6 bilion, mereka juga buat bodoh, tak mahu ambil tahu dan tak tuntut kerajaan untuk telus dan dedahkan nama individu-individu yang disogok.

Pelik, kan?

sharing is caring
admin insan sedih

https://www.malaysiakini.com/news/610246

Mahkamah beri Najib 14 hari bagi dedahkan AS$681 juta aset 1MDB

Diterbitkan: Feb 10, 2022

Najib Razak diberi masa 14 hari dari tarikh penyampaian injunksi Mareva untuk membuat pendedahan bertulis kepada 1MDB mengenai lebih AS$681 juta dalam aset.

Bagaimanapun, sehingga hari ini, tidak jelas sama ada perintah mahkamah – yang dikeluarkan dua hari lalu berhubung tindakan sivil RM23 bilion oleh 1MDB dan empat anak syarikatnya terhadapnya – telah disampaikan kepada bekas perdana menteri itu atau belum.

Tempoh masa 14 hari itu adalah antara terma dalam injunksi Mareva yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dua hari lalu, bagi mengekalkan status quo antara pihak dalam tindakan undang-undang, sementara menunggu tindakan sivil itu diselesaikan.

The Edge sebelum ini melaporkan bahawa kesan daripada perintah itu ialah Najib – yang juga pernah menjadi pengerusi lembaga penasihat 1MDB – diarahkan untuk tidak melupuskan mana-mana bahagian aset AS$681 juta – sama ada di Malaysia atau di luar negara.

Kesan lain daripada perintah itu ialah bekas menteri kewangan itu hanya dibenarkan mengeluarkan sehingga RM100,000 sebulan daripada akaun banknya untuk menampung perbelanjaan atau perbelanjaan sara hidupnya.

Najib sebelum ini berhujah bahawa AS$681 juta yang masuk ke dalam akaun banknya adalah derma daripada keluarga diraja Arab dan ia telah dipulangkan.

Injunksi Mareva yang dikeluarkan adalah berhubung satu daripada 22 saman sivil yang dilancarkan 1MDB dan bekas anak syarikatnya SRC International tahun lepas, menyasarkan mereka yang didakwa menipu dua entiti milik kerajaan itu, sama ada secara sedar atau tidak.

Dalam tindakan sivil ketika ini, plaintif ialah 1MDB dan empat anak syarikatnya – 1MDB Energy Holdings Limited, 1MDB Energy Limited, 1MDB Energy (Langat) Limited, dan Global Diversified Investment Company Limited yang berpangkalan di British Virgin Islands (yang sebelum ini dikenali sebagai 1MDB Global Investment Limited).

Najib disenaraikan sebagai defendan pertama dalam kalangan lapan defendan dalam saman sivil RM23 bilion itu di mana mahkamah memberikan injunksi Mareva.

Menurut salinan perintah injunksi Mareva, Najib dikehendaki mengesahkan dalam afidavit kepada 1MDB dan empat anak syarikatnya, nilai, lokasi dan butiran aset.

“Bahawa defendan pertama (Najib), mestilah membuat pendedahan secara bertulis kepada plaintif pertama dan plaintif kelima berkenaan dengan aset-asetnya sehingga pada nilai AS$681,000,000, sama ada di dalam atau di luar Malaysia, sama ada di bawah namanya sendiri atau tidak, dan sama ada milikan secara tunggal atau secara bersama (dengan Defendan-Defendan yang lain atau sebaliknya), dan di bawah penerima-penerima namaan (‘nominees’) yang memegang bagi pihaknya, memberikan nilai, lokasi dan segala maklumat berkenaan dengan aset-aset dan maklumat tersebut hendaklah disahkan melalui suatu afidavit dan hendaklah disampaikan kepada peguamcara plaintif pertama dan plaintif kelima dalam masa empat belas (14) hari selepas perintah ini disampaikan kepada Defendan Pertama,” kata perintah itu.

Malaysiakini cuba menghubungi peguam Najib untuk mengetahui sama ada perintah mahkamah itu telah disampaikan kepadanya atau belum.

Mahkamah telah menetapkan 21 Feb untuk mendengar hujah Najib jika dia cuba mengetepikan injunksi Mareva.

Pada Julai 2020, Najib dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta bagi pertuduhan rasuah berkaitan RM42 juta yang diterimanya daripada SRC International, bekas anak syarikat 1MDB.

Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan Najib pada 8 Dis 2021. Najib sedang menunggu rayuannya terhadap keputusan yang akan didengar di mahkamah tertinggi negara, Mahkamah Persekutuan.

Najib bersalah semua 7 pertuduhan —

KUALA LIMPUR – Najib Razak didapati bersalah atas tujuh pertuduhan salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram membabitkan dana bernilai RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd (SRC). Bekas perdana menteri itu kelihatan tenang semasa hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali membacakan keputusan beliau di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Kata Mohd Nazlan, pihak pembelaan […]

Najib bersalah semua 7 pertuduhan —
Design a site like this with WordPress.com
Mulakan