Pecat Khairuddin sepatutnya kuasa Mursyidul Am Pas

Pecat Khairuddin sepatutnya kuasa Mursyidul Am Pas

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Dr Mahfodz Mohamed berpandangan sebarang keputusan pemecatan Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali daripada jawatan Setiausaha Majlis Syura Ulama seharusnya diputuskan dahulu oleh badan tertinggi Pas itu.

https://premium.sinarharian.com.my/article/180688/fokus/semasa/pecat-khairuddin-sepatutnya-kuasa-mursyidul-am-pas

Perlembagaan PAS

FASAL 8. Majlis Syura ‘Ulamak

(3) Seseorang yang hendak dilantik menjadi Ahli Majlis Syura ‘Ulamak itu hendaklah seseorang yang mengetahui masalah-masalah pokok (AL-USUL) dalam syariat Islam dan hukum-hukumnya atau/dan dapat merujuk masalah-masalah itu kepada al-Quran, as-Sunnah, Ijmak dan Qias dengan faham akan maksud dan maknanya yang muktabar dan hendaklah seorang yang adil yakni tidak melakukan dosa besar atau terus menerus melakukan dosa kecil dan hendaklah terpelihara maruahnya serta hendaklah seorang ahli PAS.

(4) Empat orang daripada ahli Majlis Syura ‘Ulamak itu hendaklah dipilih dan dilantik oleh Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dan empat orang yang dipilih dan dilantik oleh Jawatankuasa Kerja Dewan ‘Ulamak PAS Pusat dan masing-masing dua orang yang dipilih dan dilantik oleh Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda PAS Pusat dan Jawatankuasa Kerja Dewan Muslimat PAS Pusat dan tidak lebih lima orang yang baki itu dipilih dan dilantik oleh Majlis Syura ‘Ulamak itu sendiri. Keahlian seseorang ahli majlis itu boleh diperbaharui oleh pihak yang memilih/melantiknya setelah tamat tempoh tersebut.

(5) Ahli-ahli Majlis Syura ‘Ulamak itu hendaklah memegang jawatannya selama lima tahun. Walau bagaimanapun ahli-ahli majlis ini boleh berhenti sebelum cukup tempoh lima tahun dan boleh diberhentikan oleh Majlis Syura ‘Ulamak yang mempunyai kuasa menentukan kelayakan seseorang ahli mengikut peruntukan Ceraian (3) Fasal ini dan sebab-sebab seseorang ahli itu patut diberhentikan.

(7) Seorang Setiausaha Majlis Syura ‘Ulamak hendaklah dilantik oleh Mursyidul ‘Am di dalam dan dengan persetujuan mesyuarat Majlis Syura ‘Ulamak dari kalangan ahli-ahlinya, dan hendaklah memegang jawatan itu selama lima tahun dengan syarat dia boleh berhenti sebelum cukup tempoh tersebut dan boleh diberhentikan dengan persetujuan mesyuarat Majlis Syura ‘Ulamak dan boleh diperbaharui perlantikannya setelah tamat tempoh dia memegang jawatan itu.

FASAL 91. Lain-lain Perkara
(1) Segala perkara yang berbangkit dan perselisihan faham dapendapat di atas tafsiran Perlembagaan ini, serta Aturan dan Peraturan yang diperbuat mengikut kuasa-kuasa yang diperuntukan dalam Perlembagaan ini hendaklah dirujukkan kepada Majlis Syura ‘Ulamak dan sebarang keputusannya adalah muktamad, jika tidak diubah oleh Muktamar.

DEMOKRASI SISTEM MENUJU KEHANCURAN

DEMOKRASI SISTEM MENUJU KEHANCURAN

Apalah yang hendak dibanggakan dengan sistem demokrasi
Makin ke hujung, semakin membawa kecelakaan

Hasil demokrasi
Tidak dapat melahirkan pemimpin yang adil dan jujur
Kepada bangsa dan negara, apatah lagi kepada agama

Tidak kira berlaku di negara mana dan oleh apa bangsa
Hasil demokrasi, masyarakat berpecah-belah, negara porak-peranda, ekonomi binasa

Ramai pemimpin yang menang secara kotor
Paling tidak menjadi tanda tanya

Bagi yang berjaya
Undi boleh dibeli, rasuah boleh diberi
Untuk menang ada janji-janji

Musim pilihanraya
Seolah-olah mendapat ikan kena tuba,
atau durian runtuh, oleh setengah orang

Rakyat yang tidak bertanggungjawab,
pemimpin yang kotor memberi sogokan dan suap
Rakyat diperjudikan, rakyat dipermainkan, rakyat jadi buah catur
Oleh tangan-tangan yang khianat

Rakyat umum menunggu pembela
Dari satu pilihanraya, ke satu pilihanraya, namun tidak kunjung tiba
Harapan demi harapan, namun tidak menjadi kenyataan

Di setengah negara kerana tidak puas hati
Hasil demokrasi rakyat demonstrasi
Kerana adanya politik wang, ada penipuan di dalam undian

Rakyat tidak puas hati, bercakap-cakap serata negara
Namun pemimpin tidak terasa malu juga
Apa perlu malu?
Yang penting, aku sudah menang
Aku sudah berjaya, dan ada kuasa

Yang tidak ada duit tapi mahu berjaya
Mencerca dan mengata, menfitnah dan menghina
Tuduh-menuduh satu sama lain
Hilang kasih sayang, hilang perpaduan di dalam negara

Di dalam demokrasi
Terpaksalah ada kroni, ada klik-klik, ada team dan kem
Ada orang aku, ada orang dia, ada orang depa
Setengah musuh jadi kawan, kawan jadi musuh
Kawan tidak setia mudah dapat
Kawan mudah hilang kawan

Penyakit demokrasi ini berlaku di dalam negara, berlaku di dalam parti
Seolah-olah sudah jadi budaya

Di dalam demokrasi
Payah mencari kejujuran, payah mencari kawan setia, payah kata dikota

Di dalam demokrasi
Khianat-mengkhianati, jatuh-menjatuhkan perkara biasa
Bahkan di setengah negara, bunuh-membunuh pun terjadi juga

Kemudian pemimpin-pemimpin demokrasi itulah juga yang berslogan
Mari bersatu, mari maju, mari bekerjasama
Bila rakyat tidak bersatu,
bertindak balas terang-terangan,
atau senyap-senyap

Mereka menuduh-nuduh setengah rakyat
Sebenarnya mereka lempar batu
sembunyi tangan

Padahal rakyat rosak kerana mereka
Bukan rakyat buta mata, bukan rakyat bodoh semuanya
Tapi rakyat tidak mampu bertindak
Kerana mereka sudah dilemahkan
Oleh pemimpin-pemimpin mereka, yang buta hati celik mata

Kalam Mursyid
Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia adalah daripada kalangan mereka [HR Abu Daud , Ahmad, Ibn Abi Syaibah, al-Tabarani, al-Baihaqi dan al-Bazzar]~

Legasi politik Muhyiddin dihumban ke bakul sampah sejarah

MP Pasir Gudang: Legasi politik Muhyiddin dihumban ke bakul sampah sejarah

Diterbitkan: Feb 3, 2022

Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Karim mengkritik bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin kerana peranannya dalam menggulingkan kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Ahli Parlimen PKR itu mengimbas kembali bagaimana Dr Mahathir Mohamad mungkir janji untuk menyerahkan jawatan tertinggi kepada pemimpin PKR Anwar Ibrahim.

Menurutnya, ia menyebabkan Bersatu keluar daripada gabungan PH yang dipimpin oleh Muhyiddin.

Muhyiddin kemudiannya menyingkirkan Mahathir daripada Bersatu, yang memberi laluan kepada ahli parlimen Pagoh itu menjadi perdana menteri kelapan negara.

“Apakah balasan perbuatan Muhyiddin yang mungkir janji itu?

“Muhyiddin tidak kekal lama sebagai perdana menteri. Hanya setahun lebih sahaja iaitu sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di mana rakyat terkurung, parlimen digantung dan Darurat diisytiharkan di seluruh negara.

“Kemudian sampai masa giliran Muhyiddin pula ditumbangkan. Kini giliran Umno pula menggulingkan Muhyiddin. Lima belas orang ahli parlimen Umno menarik sokongan terhadap Muhyiddin Yassin di Parlimen.

“Muhyiddin terpaksa letak jawatan sebagai Perdana Menteri dan kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Muhyiddin runtuh seperti daun terup menyembah ke bumi.

“Demikianlah pengajaran kepada Mahathir dan Muhyiddin,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Memetik Leon Trotsky, Hassan berkata tindakan politik yang tidak beretika dan mungkir janji telah menyebabkan legasi politik Mahathir dan Muhyiddin dibuang ke dalam “bakul sampah sejarah”.

Kenyataan Hassan itu susulan perbalahan antara PAS, Umno dan Bersatu menjelang pilihan raya negeri (PRN) Johor.

Pergeseran antara PAS dan Umno semakin ketara sejak PRN Melaka November lalu, yang menyaksikan kedua-dua parti bersaing sesama sendiri. Akhirnya Umno menang dan PAS ditewaskan.

Berikutan itu, terdapat usaha baru oleh PAS untuk mengadakan pakatan pilihan raya bagi PRN Johor akan datang tetapi Umno dilihat tidak tertarik dengan idea itu.

Hubungan antara PAS dan Umno dilihat kembali terjalin apabila Najib Razak menjadi presiden Umno dan seterusnya pada pertengahan penggal 2013-2018 menjadi perdana menteri.

Kerjasama antara kedua-dua parti mencapai kemuncaknya pada September 2019 dengan pemeteraian piagam Muafakat Nasional – yang pada mulanya dilihat berpotensi menjadi pakatan pilihan raya rasmi.

Bagaimanapun, ketegangan meningkat selepas PAS secara rasmi menyertai gabungan Perikatan Nasional (PN) yang diketuai parti serpihan Umno, Bersatu.

Perhimpunan Agung Umno pada 2021 telah memutuskan bahawa parti itu tidak boleh menjalin pakatan pilihan raya dengan Bersatu.

https://www.malaysiakini.com/news/609359

Khianat Gabungan Dan Pengasas Parti Sendiri Untuk Jadi PM, ‘Scheme of Things’… Itu Baru Rakus, Tamak Kuasa — UMNO Online

KUALA LUMPUR, 5 Feb – Khianat kepada gabungan sendiri dan pengasas parti dengan langkah Sheraton supaya ganti pengasas parti untuk menjadi Perdana Menteri (PM) itulah sebenarnya tindakan rakus, tamak kuasa dan gila kuasa, bidas bekas PM Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak. Demikian salah satu respon Najib berhubung tuduhan PPBM dan Perikatan Nasional (PN)…

Khianat Gabungan Dan Pengasas Parti Sendiri Untuk Jadi PM, ‘Scheme of Things’… Itu Baru Rakus, Tamak Kuasa — UMNO Online

RAKYAT JOHOR BANGKITTOLAK UMNO, BERSATU

RAKYAT JOHOR BANGKIT
TOLAK UMNO, BERSATU
Rakyat Johor boleh mencipta sejarah gemilang sebagai pejuang rakyat, pembela agama dan negara pada Pilihan Raya Negeri (PRN Johor) ini. Mudah saja caranya. TOLAK UMNO/BN, BERSATU dan parti ajaran sesat (PAS) yang meleso serban hangit pada dua parti super korup UMNO dan BERSATU untuk bernafas di abwah ketiak dua parti super korup itu.

Dari segi undang-undang dan perlembagaan kerajaan
Persekutuan sekarang tidak sah. Ini kerajaan haram. Kerajaan Negeri Johor juga tidak sah sebab UMNO, BERSATU bukan parti yang menang dalam PRU 14. Muhiaddin, anak ulama Pagor, pembedal bini orang, penjaja doa, pengidap barah, jadi PM tebuk atap. Dia boleh dianggap sebagai pengkhianat.

Ismail Bera dari UMNO juga melanjutkan kerajaan haram. Sejak Mahiadin dan Ismail Bera jadi PM tidak ada pemimpin dari negara-negara Asean sudi melawat Malaysia. Kedua pemimpin tebuk atap mengemis ke Jakarta menemui Presiden Jokowi untuk bersalaman dan meminta sokongan. Jokowi dapat baca kilat dalam kilau ikan yang menangkap jerung bunting atau naga sasau.

Kalau rakyat Johor sokong UMNO atau BERSATU memimpin kerajaan Negeri bermakna menyokong parti politik Melayu super korup yang bangsatkan orang Melayu, gila kuasa, penipu, munafiq. Apakah rakyat Johor sanggup menjadi penyokong koruptor kelas jerung bunting dan naga sasau? Nahe, nahe.

Wahai rakyat Johor! Bukankah UMNO kini dipimpin oleh Zahid Hamidi yg mengigau dalam mimpi dengan 87 kes jenayah? Bukankah dia kini menghadapi 47 kes jenayah kerana rasuah, salahguna kuasa, pengubahan wang haram dan korupsi dalam skandal Yayasan Akalbudi miliknya? Mana ada pemimpin sebuah parti politik di dunia yang menghadapi perbicaraan masih berkokok, menyalak memimpin parti politik kecuali bomoh Ponorogo ini? Maruah tiada. Hargadiri pun pupus.

Tidak ada negara di dunia parti politik yang kalah dalam pilihan raya dihalalkan memimpin kerajaan. Hanya di Malaysia. Malaysia negara paling korup di dunia kerana Najib Razak, pemimpin UMNO/BN, menjadi lanun Bugis sesat kelas naga sasau. Hanya menjurut moralitas undang-undang Malaysia banduan boleh melawat anaknya di Singapura dan bermain golf di republik itu. Ini Malaysiaku, super korup sampai ke sumsum. Amat memalukan. Dunia memandang hina terhadap kerajaan tebuk atap dan rakyat Malaysia.

Rakyat Johor punya maruah, ada hargadiri, bukan berjiwa hamba menjadi kaldai tunggangan para penguasa yang ada kepentingan pribadi di negeri Darul Takzim. Jangan peduli pada teguran ular dalam semak atau dewa kayangan payung robek yang marhaban bersama UMNO dan BERSATU.

Tolak UMNO, BERSATU secara total. Persetan segala pandangan pihak tertentu yang mempunyai agenda memperkayakan diri secara haram sekiranya UMNO atau BERSATU memimpin kerajaan Johor.

Rakyat Johor sendiri menentukan nasib rakhyat Johor dan masa depan generasi muda orang Johor. Undi anda paling berharga menentukan pilihan parti memimpin kerajaan Negeri. Pilih UMNO atau BERSATU menerajui kerajaan bermakna rakyat Johor sokong parti super korup, gila kuasa, keadilan dua darjat, munafiq meneruskan amalan korupsi lagi.

Juruselamat rakyat Johor ialah PEJUANG dan MUDA.
Ini dua parti yang memperjuangkan hak rakyat, anti korupsi, anti gila kuasa, anti puak munafiq dan anti keadilan dua darjat. PEJUANG dan MUDA akan menampilkan kebanyakan calon muda terpelajar, berjiwa patriotis, golongan profesional, anti korupsi yang bakal membentuk sejarah gemilang untuk rakyat Johor kelak.

Allah tidak akan mengubah nasib bangsa Melayu yang dibangsatkan oleh UMNO, BERSATU dan PAS (Parti ajaran sesat) kalau orang Melayu sendiri mengubahnya. Kalau anda menanam benih busuk masakan ia memberi buah yang segar sihat. Apa yang anda tanam itulah hasil yang anda dapat. Hanya jauhari yang mengenal manikam. C&P.

AYAM OH AYAM

AYAM OH AYAM

Feb 1:Manipulasi Harga Ayam : Kaum Elit Pegang AP Jadi Kaya.
taukeh AP letak harga ayam RM8366 /tan
pengimpot lain boleh impot pada harga RM5435 /tan
Taukeh AP buat untung (8366-5435) =RM2931 setiap tan
32 syarikat dapat AP impot ayam
Mydin Hypermart kecewa tidak dapat AP
Tesco pun tak dapat AP
Jika Mydin/Tesco dapat impot harga ayam turun
taukeh AP/orang tengah letak harga tinggi.
Jab Veterinar keluarkan AP
Jab Veterinar / JAKIM letak syarat lain pula
tiada jawapan daripada Jab Veterinar
JAKIM tidak minat jawab
Yang berikut adalah analisa sebab-penyebab kenaikan harga ayam di Malaysia.

Analisa ini dibuat oleh Murray Hunter seorang penulis Australia yang cenderung mengkaji isu-isu di negara kita.
Percayalah analisa serupa ini tidak akan timbul dalam media arus perdana di Malaysia terutama sekali dalam media bahasa Melayu.

Jadi amat jelas, terang dan tersuluh bahawa selain kenaikan kos makanan ayam dan shipping costs naik akibat COVID, harga ayam naik lagi disebabkan taukeh AP impot ayam yang sangat sikit bilangan mereka (32 orang saja taukeh AP ayam) naikkan harga ayam impot.
Harga taukeh AP adalah RM8.36 satu kilo ayam impot.
Harga impot (sebenarnya) boleh sampai RM5.43 satu kilo sahaja.
Jadi taukeh AP dapat untung atas angin = RM2.93 setiap kilo ayam impot.
Soalan saya simple saja Tuan-Tuan.
Apakah kesemua 32 taukeh AP ayam itu betul-betul impot ayam dengan sendiri atau mereka sewa AP mereka kepada orang lain? Ali Babakan AP mereka? Untuk mendapat untung atas angin. Itu soalan pertama.
Soalan kedua : kenapa pula hanya 32 syarikat diberi AP untuk impot ayam?
Kenapa bukan 64 syarikat atau 128 atau 256 atau 512 atau 1024 syarikat diberi AP impot ayam itu?
Siapa kah Penjawat Awam yang genius yang tentukan 32 syarikat atau 512 syarikat atau 1024 syarikat dapat AP impot ayam?
Bilangan penduduk negara melebihi 32 JUTA manusia.
Pemegang AP impot ayam pula hanya 32 syarikat.
Fuiyyo. 32 syarikat AP tentukan duit pasar 32 JUTA penduduk.
Apa kah ‘kulification’ yang diperlukan sebelum sesebuah syarikat itu layak dapat AP impot ayam?
Tuan-Tuan rakyat marhaen yang haprak boleh tak mohon AP impot ayam itu?
Dan pasal apa pula Mydin Hypermarket atau Tesco atau Lotus’s atau TMC atau Giant Hypermart atau AEON Big atau NSK Hypermart semua TIDAK DAPAT AP atau lesen atau permit untuk impot ayam?
Padahal mereka boleh impot ayam pada harga pasaran RM5435 satu tan metrik? (atau RM5.43 satu kilo).
Kalau Mydin letak 30% profit margin pun dia boleh jual ayam dengan harga RM7.05 se kilo saja. Bukan RM8.00 atau RM9.30 se kilo.
Jadi Tuan-Tuan alangkah baiknya nasib kalau Tuan-tuan termasuk kaum elit yang boleh dapat AP?
Tetapi the reality is, Tuan-Tuan bukan kaum elit. Tuan-Tuan hanya rakyat marhaen yang haprak.
Hanya kaum elit layak jadi kaya.
Tuan-Tuan yang haprak pula hanya layak jadi bodoh.
Tahun demi tahun, dekad demi dekad, abad demi abad Tuan-Tuan hanya layak jadi bodoh.
Syed Akbar Ali. C&P.

HALA TUJU KAMI

HALA TUJU KAMI

Kami mahu wakil industri kami diangkat sebagai Menteri Pengangkutan dan seterusnya membuat dasar dan meminda semula segala Akta dan peraturan yang berkaitan industri kami bagi memastikan segala masalah yang dihadapi oleh rakan-rakan pemain industri kami diselesaikan dan nasib diberi pembelaan secara tulus dan tuntas.

Selama ini Akta, dasar, dan peraturan yang dibuat oleh orang-orang yang bukan berasal dari industri kami jelas hanya untuk menjaga dan melindungi kepentingan kroni-kroni mereka sahaja, walaupun perbuatan mereka itu jelas telah menzalimi seluruh pemain industri pengangkutan darat Negara.

Selama ini pelbagai usaha telah dibuat termasuk rayuan, namun semua nya menemui jalan buntu.

Di atas kesedaran itu, kami ingin membawa seluruh pemain industri untuk melakukan perubahan.

Daripada kita menjadi pihak yang merayu kepada pihak yang bakal membuat keputusan.

Selepas ini kita tidak lagi perlu merayu kepada mana-mana pihak untuk menyelesaikan masalah kita, apatah lagi kepada manusia-manusia yang tidak ada hati perut kepada kita.

Segala masalah yang kita hadapi, kita akan yang akan selesaikan sendiri.

Kami tahu apa yang kami usahakan ini sesuatu yang sukar, tetapi adalah lebih baik berusaha dari terus menerus kita mengadaikan nasib kita kepada orang-orang yang tidak ada hati perut kepada kita.

Selain itu kita perlu menggunakan akal fikirkan kita untuk menilai pemimpin (Persatuan mahupun Politik) yang benar-benar mempunyai ketulusan ingin membebaskan kita dari penindasan, dan pemimpin yang mempunyai agenda peribadi sehingga sanggup mengadaikan untung nasib kita kepada pihak-pihak tertentu.

Yakinlah…. Hanya parti Politik yang benar-benar mempunyai keikhlasan dan ketulusan ingin membela nasib rakyat sahaja yang akan bersetuju dengan tuntutan kita.

Sekian terima kasih

KAMALPPDM

YDP Gabungan Teksi Malaysia

Manipulasi Harga Ayam

Feb 1:Manipulasi Harga Ayam : Kaum Elit Pegang AP Jadi Kaya.

taukeh AP letak harga ayam RM8366 /tan

pengimpot lain boleh impot pada harga RM5435 /tan

Taukeh AP buat untung (8366-5435) =RM2931 setiap tan

32 syarikat dapat AP impot ayam

Mydin Hypermart kecewa tidak dapat AP

Tesco pun tak dapat AP

Jika Mydin/Tesco dapat impot harga ayam turun

taukeh AP/orang tengah letak harga tinggi.

Jab Veterinar keluarkan AP

Jab Veterinar / JAKIM letak syarat lain pula

tiada jawapan daripada Jab Veterinar

JAKIM tidak minat jawab

Yang berikut adalah analisa sebab-penyebab kenaikan harga ayam di Malaysia.

Analisa ini dibuat oleh Murray Hunter seorang penulis Australia yang cenderung mengkaji isu-isu di negara kita.

Percayalah analisa serupa ini tidak akan timbul dalam media arus perdana di Malaysia terutama sekali dalam media bahasa Melayu.

Jadi amat jelas, terang dan tersuluh bahawa selain kenaikan kos makanan ayam dan shipping costs naik akibat COVID, harga ayam naik lagi disebabkan taukeh AP impot ayam yang sangat sikit bilangan mereka (32 orang saja taukeh AP ayam) naikkan harga ayam impot.

Harga taukeh AP adalah RM8.36 satu kilo ayam impot.

Harga impot (sebenarnya) boleh sampai RM5.43 satu kilo sahaja.

Jadi taukeh AP dapat untung atas angin = RM2.93 setiap kilo ayam impot.

Soalan saya simple saja Tuan-Tuan.

Apakah kesemua 32 taukeh AP ayam itu betul-betul impot ayam dengan sendiri atau mereka sewa AP mereka kepada orang lain? Ali Babakan AP mereka? Untuk mendapat untung atas angin. Itu soalan pertama.

Soalan kedua : kenapa pula hanya 32 syarikat diberi AP untuk impot ayam?

Kenapa bukan 64 syarikat atau 128 atau 256 atau 512 atau 1024 syarikat diberi AP impot ayam itu?

Siapa kah Penjawat Awam yang genius yang tentukan 32 syarikat atau 512 syarikat atau 1024 syarikat dapat AP impot ayam?

Bilangan penduduk negara melebihi 32 JUTA manusia.

Pemegang AP impot ayam pula hanya 32 syarikat.

Fuiyyo. 32 syarikat AP tentukan duit pasar 32 JUTA penduduk.

Apa kah ‘kulification’ yang diperlukan sebelum sesebuah syarikat itu layak dapat AP impot ayam?

Tuan-Tuan rakyat marhaen yang haprak boleh tak mohon AP impot ayam itu?

Dan pasal apa pula Mydin Hypermarket atau Tesco atau Lotus’s atau TMC atau Giant Hypermart atau AEON Big atau NSK Hypermart semua TIDAK DAPAT AP atau lesen atau permit untuk impot ayam?

Padahal mereka boleh impot ayam pada harga pasaran RM5435 satu tan metrik? (atau RM5.43 satu kilo).

Kalau Mydin letak 30% profit margin pun dia boleh jual ayam dengan harga RM7.05 se kilo saja. Bukan RM8.00 atau RM9.30 se kilo.

Jadi Tuan-Tuan alangkah baiknya nasib kalau Tuan-tuan termasuk kaum elit yang boleh dapat AP?

Tetapi the reality is, Tuan-Tuan bukan kaum elit. Tuan-Tuan hanya rakyat marhaen yang haprak.

Hanya kaum elit layak jadi kaya.

Tuan-Tuan yang haprak pula hanya layak jadi bodoh.

Tahun demi tahun, dekad demi dekad, abad demi abad Tuan-Tuan hanya layak jadi bodoh.

C&P.

Apa masalah PAS dengan UMNO sebenarnya?

Gambar Sekadar Hiasan Sahaja.

Apa masalah PAS dengan UMNO sebenarnya?

Padahal kes mahkamah DS Najib dan DS Zahid bukanlah baru.

Masa Muafakat Nasional dibentuk, kes ini sudah diketahui umum.

PAS pun tahu, dan boleh pula PAS terima UMNO pimpinan Zahid.

Sekarang PAS telah terikut-ikut menggelar kluster mahkamah pada Najib dan Zahid.

Pendek kata, PAS yang telah berubah setelah berkongsi kuasa dan mendapat jawatan dalam kerajaan sehingga lupa pada Muafakat Nasional. C&P.

Design a site like this with WordPress.com
Mulakan